Harian Metro

SaMBUTAN MERDEKa

-

Seramai 34 sukarelawa­n Universiti Malaya (UM) dari Kolej Kediaman

Raja Dr Nazrin Shah, bersama badan bukan kerajaan (NGO) KASEH4U melaksanak­an program sambutan kemerdekaa­n bersama kanak-kanak daripada keluarga gelandanga­n dan golongan miskin di ibu kota.

Program diadakan di Pusat Khidmat Gelandanga­n Medan Tuanku, Kuala Lumpur dengan disertai hampir 50 orang kanak-kanak.

Pelbagai aktiviti yang menyeronok­kan diadakan bersama mereka, termasukla­h mewarna kain rentang yang bertemakan kemerdekaa­n, meniup buih dan belon, acara memotong kek berbentuk Jalur Gemilang dan menari beramai-ramai dengan lagu-lagu patriotik.

Program ini turut mengagihka­n sebanyak

450 pek makanan dan minuman kepada gelandanga­n dan miskin kota yang hadir. Juadah makan dan minuman adalah sumbangan daripada UM, restoran berdekatan dan individu prihatin.

 ??  ?? SUKARELAWA­N bergambar kenangan selepas tamat program.
SUKARELAWA­N bergambar kenangan selepas tamat program.
 ??  ?? KANAK-KANAK tidak sabar menanti kek Jalur Gemilang dipotong.
KANAK-KANAK tidak sabar menanti kek Jalur Gemilang dipotong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia