Harian Metro

UJIAN SILIH BERGANTI

-

Ketika menghadapi ujian hidup. Ujian hidup itu merangkumi kekurangan makanan sehingga berasa lapar berpanjang­an, rasa ketakutan kerana ancaman tertentu, terasa ‘down’, stres, tertekan, kekurangan sumber pendapatan dan sebagainya. Apakah jalan penyelesai­annya? Di dalam al-Quran, Allah SWT ada menyebut:

“Dan sesungguhn­ya akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan (sumber pendapatan). Dan berikanlah berita gembira kepada orangorang yang sabar.” (al-Baqarah: 155)

Keindahan sabar

Pada akhir ayat di atas, Allah memberi anugerah dan pengiktira­fan kepada mereka yang sabar. Dengan sabarlah maka datangnya ketenangan. Dengan sabar maka datangnya rasional. Dengan ketenangan dan rasional, kita mula bersangka baik kepada Tuhan. Tatkala kita bersangka baik kepada Tuhan, maka kita akan mula melihat hikmah dan apa jua ujian. Allah memberikan gambaran betapa hebatnya kuasa sabar dalam Surah ar-Ra’du ayat 22:

“Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahka­n sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).”

Ujian Tuhan adalah asbab untuk kemuliaan diri, untuk memperbaik­i diri, untuk meningkatk­an kualiti diri dan untuk muhasabah diri. Lihatlah hikmah disebalik ujian Tuhan dengan reda dan bersangka baik kepada Tuhan.

Buat calon UPSR, PT3, SPM dan STPM

Hidup bukan hanya UPSR, PT3, SPM & STPM

Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaa­n, buatlah yang terbaik. Sekurangku­rangnya apabila anak cucu kita bertanya, kita boleh menjawab dengan bangga.

Orang berjaya bukan hanya berbangga dengan sejarah orang lain, malah mereka juga mencipta sejarah untuk diri sendiri.

Cuma ingatlah, peperiksaa­n bukan satu-satunya ujian dalam hidup. Orang berjaya dalam peperiksaa­n belum tentu berjaya dalam hidup. Orang yang gagal dalam peperiksaa­n belum tentu gagal dalam hidup. Belajarlah untuk cemerlang dalam peperiksaa­n dan juga cemerlang dalam kehidupan.

Salam sukses buat semua calon UPSR, UPSRA, PT3, SPM dan STPM di seluruh negara!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia