Harian Metro

Penyusuan anak angkat

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Penyusuan susu ibu itu adalah semula jadi dan mudah, tetapi ia satu kemahiran yang perlu dipelajari. Namun, perkara yang lebih penting adalah ibu perlu bersedia dari segi psikologi dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah ketika menyusukan bayi. Penyusuan ibu secara eksklusif selama enam bulan terbukti membantu mencegah serangan alahan awal kepada bayi, selain membekalka­n nutrisi terbaik untuk anak.

Susu ibu mengandung­i semua khasiat diperlukan bayi untuk membantu perkembang­an tahap imun tubuh mereka bagi melawan pelbagai penyakit termasuk alahan.

Justeru, bagi menggalakk­an penyusuan susu ibu, pelbagai usaha dilakukan sama ada daripada badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penyusuan, kementeria­n ataupun hospital.

Bukan saja ibu kandung, malah program penyusuan juga perlu didedahkan kepada ibu susuan yang mahu menyusukan anak angkat mereka bagi

Menyedari kepentinga­n dan manfaat susu ibu kepada bayi, Hospital Pusrawi mewujudkan program Cetusan Laktasi bagi membantu ibu susuan untuk mula menyusukan anak angkat mereka.

Menurut Pegawai Perubatan Hospital

Pusrawi, Dr Norizan Mohd, mungkin ramai yang masih belum sedar wanita yang tidak hamil turut berupaya atau berpeluang menyusukan anak angkat mereka jika tahu kaedahnya.

“Justeru, dalam program ini, ibu bapa akan diberi bantuan dari segi rundingan bersama doktor berpengala­man dan ustaz atau ustazah berkaitan hukum, nasihat pemakanan oleh pegawai pemakanan dan pemeriksaa­n kesihatan terhadap ibu serta bayi.

“Program ini terbuka kepada semua wanita yang sudah berkahwin dan ingin menyusukan anak angkat mereka. Malah, ia juga terbuka untuk wanita yang ingin memulakan semula penyusuan anak sendiri atau anak angkat,” katanya.

Kaedah yang dilakukan bergantung sama ada anak angkat sudah diperoleh atau belum. Antara kaedah yang akan dilakukan ialah dengan memberikan hormon tertentu untuk

Hospital Pusrawi

anjur program Cetusan Laktasi untuk

ibu bapa angkat

 ??  ?? BUAH longan. Panduan memperbany­akkan susu:
1. Kerap mengepam atau menyusukan bayi. 2. Sentiasa positif. 3. Urutan, tuam dan pemilihan pam yang betul. 4. Doa dan tawakal . 5. Jangan turunkan berat badan dengan segera. 6. Hadkan pengambila­n kafein dan...
BUAH longan. Panduan memperbany­akkan susu: 1. Kerap mengepam atau menyusukan bayi. 2. Sentiasa positif. 3. Urutan, tuam dan pemilihan pam yang betul. 4. Doa dan tawakal . 5. Jangan turunkan berat badan dengan segera. 6. Hadkan pengambila­n kafein dan...
 ??  ??
 ??  ?? KISMIS.
LOBAK putih.
KISMIS. LOBAK putih.
 ??  ?? BUAH laici.
BUAH laici.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia