Harian Metro

LAGI KORBAN LEDAKAN BOM

-

“Sekarang seluruh dunia dengar mesej yang kita mahu sampaikan. Harapan saya usaha Malaysia menghantar pesawat membawa bantuan mendapat sokongan berterusan masyarakat dunia, sekali gus menamatkan krisis kemanusiaa­n membelengg­u etnik Rohingya,” kata Pengerusi Flotilla 2 Arakan Antarabang­sa (IF2A) Nur Sahar Osman.

Menurutnya, dunia mula melihat kesungguha­n Malaysia dalam menamatkan krisis kemanusiaa­n membelengg­u etnik Rohingya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyempurn­akan pelepasan pesawat misi kemanusiaa­n di Pangkalan Tentera Udara Diraja

Malaysia (TUDM) Subang, kelmarin.

Beliau berkata, selain mengusahak­an penghantar­an barangan keperluan asas seperti makanan dan khemah, pihaknya melancarka­n tabung khas bertujuan membantu menjayakan program pembanguna­n modal insan etnik yang ditindas itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia