Harian Metro

KAFE BAYAR IKUT RASA

 Kedai makan sedia pelbagai menu bantu golongan kurang mampu setiap Jumaat

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

“Orang ramai yang datang ke kafe kami boleh membayar apa yang dimakan mengikut kemampuan dan apa yang mereka fikir patut. Jika mereka fikir makanan itu berharga RM1, maka mereka boleh membayarny­a dengan harga itu,” kata Razak Othman, 49, Penyelia Hidangan Kafe Ikhwan di Bandar Utama, di sini.

Beliau melakukan amal jariah kepada masyarakat dengan konsep Makan Ikut Suka, Bayar Ikut Rasa pada setiap Jumaat sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, konsep harga makanan dan minuman ditentukan pelanggan sendiri itu dilakukan pihak pengurusan sebaik kafe berkenaan mula beroperasi 12 Mac lalu.

Katanya, apa yang dilakukan adalah untuk membantu golongan berpendapa­tan rendah dan kurang berkemampu­an menikmati juadah disediakan di kafenya pada setiap Jumaat, di samping bersedekah.

“Jika mereka mampu membayar kurang daripada RM1 pun kami menerimany­a, tidak ada masalah kerana niat kami untuk bersedekah pada setiap Jumaat,” katanya ketika ditemui.

Razak berkata, rata-rata pelanggan yang berkunjung untuk bersarapan dan makan tengah hari terkejut apabila diminta untuk membuat bayaran mengikut keikhlasan ketika di kaunter pembayaran.

Menurutnya, pada hari berkenaan, pihaknya menyediaka­n minuman sejuk dan panas serta nasi lemak, mi goreng, soto, sambal telur dan sambal sotong untuk menu sarapan pagi.

Manakala bagi makan tengah hari, menu disediakan ialah nasi putih, ayam masak merah dan kicap, masak lemak nanas, asam pedas ikan cencaru, pelbagai ulaman, masak lemak pucuk ubi, ikan kembung goreng, cencaru sambal, ikan masak lemak tempoyak, sambal belacan dan budu serta cencalok.

“Kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelanggan berstatus orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pesakit kronik,” katanya.

Katanya, pihaknya yakin dengan melakukan amal jariah seperti itu, perniagaan kafe berkenaan tidak akan rugi dan mendapat lebih ramai pelanggan pada masa akan datang.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO: AHMAD ISMAIL ?? RAZAK (kiri) bersama pembantuny­a menunjukka­n poster Makan Ikut
Suka Bayar Ikut Rasa di restoranny­a.
FOTO: AHMAD ISMAIL RAZAK (kiri) bersama pembantuny­a menunjukka­n poster Makan Ikut Suka Bayar Ikut Rasa di restoranny­a.
 ??  ?? KAKITANGAN restoran menyediaka­n pelbagai menu untuk pelanggan.
KAKITANGAN restoran menyediaka­n pelbagai menu untuk pelanggan.
 ??  ?? MOHD Rizal
MOHD Rizal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia