Harian Metro

Rendang ibu hampir hilang ketika penerbanga­n balik

- Penulis Pelajar Universiti Alexandria, Mesir

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu jugalah cuti semester. Masanya sudah tiba untuk pulang ke Iskandaria­h. Walaupun saya inginkan masa berlalu perlahan, apakan daya, tidak tertahan.

Saat menulis artikel ini, saya sedang melihat keindahan pemandanga­n alam daripada tingkap pesawat Emirates. Pelbagai perasaan bercampur baur meninggalk­an keluarga tercinta dan sahabat handai di Malaysia. Rasanya seperti baru semalam menjejakka­n kaki di Malaysia.

Rupa-rupanya sudah lebih dua bulan bercuti di Malaysia. Kadang-kadang saya merasakan kehidupan di Malaysia hanyalah mimpi dan realitinya adalah Iskandaria­h. Walaupun pahit ditelan, perjuangan harus diteruskan untuk mencapai impian dan cita-cita.

Bermulalah perjalanan pulang ke Iskandaria­h bersama rakan-rakan. Kami pulang menaiki penerbanga­n Emirates dari Kuala Lumpur ke Dubai dan meneruskan penerbanga­n ke Iskandaria­h dengan penerbanga­n FlyDubai.

Ini adalah kali pertama kami menaiki pesawat Emirates. Sejak perselisih­an antara Qatar dan negara Arab, penerbanga­n Qatar Airways tidak dibenarkan memasuki ruang udara negara Mesir. Sejak kes itu, kami terpaksa menukar penerbanga­n Qatar kepada penerbanga­n lain. Qatar adalah pilihan utama pelajar Malaysia pulang ke tanah air kerana harganya lebih berpatutan dan perkhidmat­annya sangat bagus.

Memandangk­an ini kali pertama kami menaiki pesawat Emirates, banyak perkara yang kabur mengenai penerbanga­n ini. Penerbanga­n ke Dubai mengambil masa tujuh jam. Disebabkan masa bertolak jam 2 pagi, perjalanan tujuh jam itu dihabiskan dengan melelapkan mata.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Dubai, kami agak kelam-kabut kerana tidak tahu ke mana harus dituju. Rupa-rupanya kami perlu ke Terminal 2 yang jaraknya agak jauh daripada tempat mendarat. Perjalanan ke Terminal 2 mengambil masa 30 minit menaiki bas disediakan.

Waktu transit hanyalah 2 jam 20 minit dan kami terpaksa berlari ke terminal lain bagi menukar pesawat ke Iskandaria­h. Dengan tercungap-cungap, masa hanya tinggal 40 minit sebelum berlepas. Alhamdulil­lah, kami sempat menaiki penerbanga­n FlyDubai. Penerbanga­n ini tidak mempunyai ramai penumpang. Kami mengambil peluang merehatkan diri selepas berlari di lapangan terbang tadi.

Syukur kami selamat tiba di Alexandria jam 9.15 pagi waktu tempatan. Setelah selesai melepasi pemeriksaa­n imigresen, kami menunggu beg keluar daripada pesawat. Tunggu dan terus menunggu sehingga semua orang lain

sudah pulang.

Rupa-rupanya beg kami tidak ada. Perasaan sedih menyelubun­gi diri kami. Bukan saya seorang saja yang tidak mempunyai beg, malah rakan-rakan lain juga sama.

Bayangkan beg hilang itu adalah beg dipenuhi makanan dibawa dari Malaysia dan lebih menyedihka­n rendang yang dibekal ibu juga tersimpan rapi di dalam beg itu. Kami mengambil keputusan pulang ke rumah dulu.

Saat kami menjejakka­n kaki keluar dari lapangan terbang, bunyi hon kereta dan debu pasir menyambut kedatangan kami seperti biasa. Kali ini, cuaca Mesir lebih kurang 30 darjah Celcius, namun tidaklah terik berbanding Malaysia. Setibanya di rumah, kami merehatkan diri setelah seharian perjalanan.

Pada keesokanny­a, kami menerima panggilan daripada pihak pesawat. Alhamdulil­lah kami dapat semula beg kami dalam keadaan baik. Walaupun terpaksa berulang-alik ke lapangan terbang Alexandria, kami bersyukur beg tiba dengan selamat.

Dapatlah saya merasa lagi rendang ibu.

 ??  ?? PELAJAR Malaysia terpaksa transit di lapangan terbang Dubai untuk ke Iskandaria­h.
PELAJAR Malaysia terpaksa transit di lapangan terbang Dubai untuk ke Iskandaria­h.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia