Sasar 1,000 pengamal MamaCare
Kuantan: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyasar 1,000 pengamal penjagaan ibu bersalin dan urutan kesejahteraan wanita (MamaCare) berdaftar tahun depan.
Pengerusinya, Datuk Mariam Mas Yacob berkata, selain memiliki kemahiran bertaraf profesional mereka juga diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) layak memberikan perkhidmatan kepada ibu bersalin dan bayi baru dilahirkan.
Katanya, dalam tempoh tiga tahun dari 2014 hingga awal tahun ini, seramai 711 pengamal MamaCare di seluruh negara termasuk 50 di Pahang mendapat latihan disediakan LPPKN.