Harian Metro

‘Jangan tangkap papa’

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

“Jangan tangkap papa saya.. tolonglah!” Itu rayuan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun selepas mendapati bapanya ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pasir Mas, di sini, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 4 pagi kelmarin, suspek berusia 40-an ditahan bersama lima suspek lain berusia 35 hingga 55 tahun di lokasi berasingan di daerah ini.

Ketua Operasi AADK Pasir Mas Norsyahrul Azizi Mohd Zamri berkata, seramai enam anggota AADK Pasir Mas terbabit dalam operasi berkenaan.

Katanya, operasi dijalankan hasil maklumat awam berkaitan aktiviti penagihan dadah di sekitar daerah ini.

“Ketika kita menyerbu sebuah rumah di Kampung Pasir Parit, Chetok, di sini, jam 3.30 pagi, suspek pada mulanya bertindak agresif untuk mengelak ditangkap selain turut mengancam anggota AADK.

“Tidak lama kemudian, anak lelaki suspek keluar dari bilik tidur sambil menangis dan merayu supaya bapanya tidak ditahan.

“Bagaimanap­un, selepas dipujuk, kanak-kanak itu akur dan melepaskan bapanya untuk dibawa ke pejabat AADK Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam. Menurutnya, selepas ujian saringan air kencing dijalankan, suspek disahkan positif Opiat manakala lima suspek lain positif Methampeta­mine.

“Semua suspek direman antara lapan hingga 14 hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (rawatan dan pemulihan) 1983,” katanya.

Norsyahrul turut berterima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurka­n maklumat kepada AADK.

“Usaha berterusan akan diteruskan AADK dalam memerangi penagihan dadah,” katanya

Budak lelaki minta bapa ditahan dibebaskan FAKTA Suspek disahkan

positif Opiat manakala lima suspek lain

positif Methampeta­mine

 ??  ?? KANAK-kanak lelaki ditahan bersama bapa dalam operasi dijalankan AADK Pasir Mas.
KANAK-kanak lelaki ditahan bersama bapa dalam operasi dijalankan AADK Pasir Mas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia