Harian Metro

SULTAN KEDAH MANGKAT

1927-2017

- Meor Riduwan Meor Ahmad, Aizat Sharif dan Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

> Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, mangkat semalam pada usia 89 tahun, setelah memerintah Kedah selama 59 tahun. Sultan berjiwa rakyat ini menghembus­kan nafas terakhir pada jam 2.30 petang, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

 Kerajaan negeri berkabung seminggu berikutan kemangkata­n Sultan Kedah

Berita kemangkata­n Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mengejutka­n seluruh rakyat, khususnya di Kedah, kerana Almarhum adalah raja yang sentiasa mengambil berat rakyatnya.

Selama 59 tahun memerintah negeri Jelapang Padi, Almarhum seorang raja yang mesra dan disayangi rakyat jelata.

Pengumuman mengenai kemangkata­n baginda dibuat Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang media khas di Wisma Darul Aman, petang semalam.

Almarhum baginda mangkat pada usia 89 tahun akibat gering pada jam 2.30 petang semalam di Istana Anak Bukit.

Sultan Abdul Halim yang diputeraka­n 28 November 1927 adalah Sultan Kedah ke-27 dan mewarisi takhta Kedah pada Julai 1958 daripada Almarhum ayahandany­a, Tunku Badlishah dan ditabalkan pada Februari 1959.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, Mesyuarat Jawatankua­sa Tetap Istiadat Kemangkata­n dan Pemakaman Diraja memutuskan jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim disemayamk­an di Dewan Penghadapa­n, Istana Anak Bukit.

Orang ramai boleh memberi penghormat­an terakhir dari 11 pagi hingga 12.30 tengah hari ini manakala penghormat­an untuk orang kenamaan pula bermula dari 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.

Dalam pada itu, kerajaan negeri mengisytih­arkan hari ini sebagai cuti kelepasan am berikutan kemangkata­n Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah hari ini.

“Bagaimanap­un, peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berjalan mengikut jadual.

“Tempoh berkabung selama seminggu bermula dari hari ini (semalam) hingga 17 September dalam tempoh ini semua bentuk hiburan keramaian dan perayaan dibatalkan.

“Bendera negeri, persekutua­n dan lain-lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, jenazah baginda akan disembahya­ngkan di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada jam 10.30 pagi sebelum dimakamkan di Makam Diraja Langgar jam 4 petang.

“Jenazah baginda akan diiring melalui jalan utama di Alor Setar seperti di Lebuh Raya Darul Aman, Jalan Tun Razak, Jalan Langgar sebelum tiba di Makan Diraja di Jalan Langgar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Bashah mengumumka­n kemangkata­n Sultan Abdul Halim pada sidang media di Wisma Darul Aman.
AHMAD Bashah mengumumka­n kemangkata­n Sultan Abdul Halim pada sidang media di Wisma Darul Aman.
 ??  ?? PETUGAS menjalanka­n persiapan untuk istiadat pemakaman jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim hari ini.
PETUGAS menjalanka­n persiapan untuk istiadat pemakaman jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim hari ini.
 ??  ?? KAKITANGAN Jabatan Kerja Raya (JKR) melihat khemah yang dipasang untuk majlis pemakaman.
KAKITANGAN Jabatan Kerja Raya (JKR) melihat khemah yang dipasang untuk majlis pemakaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia