Harian Metro

Bina pasar moden tarikan pelancong

-

Seremban: Pasar Besar Seremban, di sini, dalam perancanga­n untuk dinaik taraf sebagai pasar moden yang akan menjadi satu lokasi pelanconga­n di negeri ini.

Ia berikutan tingkat satu pasar berusia 39 tahun berkenaan musnah dalam kebakaran pada Sabtu lalu, menyebabka­n ia tidak dapat beroperasi dan perlu dibaik pulih semula.

Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, proses pembinaan semula pasar berkenaan akan dilaksanak­an selepas mendapat laporan penuh siasatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Perancanga­n itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat dengan Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) dan Persatuan Penjaja Pasar Besar Seremban, petang semalam (kelmarin) apabila peniaga meminta tapak pasar itu dikekalkan.

“Kami sedang menunggu keputusan siasatan untuk memastikan bangunan itu selamat. Sekiranya disahkan selamat, maka kita akan membina semula pasar berkenaan dengan reka bentuk moden dan menjadikan­nya sebagai pusat pelanconga­n,” katanya pada sidang media di pekarangan pasar berkenaan, di sini, semalam.

Menurutnya, bangunan baru pasar berkenaan bukan saja menjual barangan keperluan harian, malah turut mempunyai lot kedai yang menjual pelbagai produk kraf tangan dan produk pelanconga­n lain.

Harian Metro semalam melaporkan, Pasar Besar Seremban yang menjadi lokasi tumpuan penduduk untuk mendapatka­n barang keperluan harian musnah dalam kebakaran, Sabtu lalu.

Ruang perniagaan di tingkat satu yang menempatka­n 197 kedai makan, ikan, buah-buahan, pakaian dan bunga terbakar 90 peratus, dalam kejadian yang berlaku jam 7 malam.

 ??  ?? PENIAGA memeriksa peralatan dapur yang masih boleh digunakan.
PENIAGA memeriksa peralatan dapur yang masih boleh digunakan.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia