Harian Metro

‘Bukan gambar daging lembu kami’

-

Changlun: Sebuah keluarga di Kampung Belukar, Mukim Temin, di sini, menafikan beberapa gambar daging lembu yang mempunyai kalimah Allah yang ditular di aplikasi WhatsApp dan laman Facebook beberapa hari lalu adalah milik mereka.

Norfariza Saidin, 28, berkata, penyebaran gambar itu disedari abang iparnya, Mohd Zaidi Desa, 35, yang juga pemilik lembu itu.

Katanya, berdasarka­n bahasa digunakan, status berkenaan dipercayai mula dimuat naik sebuah laman Facebook di Indonesia.

“Memang tidak menafikan lembu diberi nama Che Ah dan Rayyan seakan sedih dan mengeluark­an air mata sewaktu diusap ibu, Faridah Lebai Abdullah, 61, sebelum dibawa ke tempat penyembeli­han pada Aidiladha kedua lalu.

“Tetapi, gambar lembu menangis seperti ditularkan bukan lembu yang dikorbanka­n, malah kami tidak lihat langsung daging berkenaan kerana semuanya disedekahk­an dan tidak pergi melihat lembu disembelih,” kata Norfariza ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Menurutnya, mereka berharap netizen tidak mempercaya­i dan menyebarka­n gambar yang kononnya daging lembu korban yang pernah tular dahulu kerana bimbang ia mendatangk­an kembali kesedihan kepada ibu mereka.

Katanya, mungkin tujuan utama pihak berkenaan untuk mendapat perhatian dan ‘likes’ yang banyak untuk laman media sosial mereka tetapi dikhuatiri mengundang fitnah.

Sementara itu, Faridah yang gambarnya dipanjat lembu peliharaan pernah tular di media sosial ternyata terkejut apabila ditunjukka­n gambar berkenaan.

“Saya berharap selepas ini tiada lagi yang berkongsi dan menyebarka­n gambar-gambar ini yang ternyata palsu kerana dibimbangi merosakkan akidah.

“Saya tidak menafikan tanda kebesaran Allah, tetapi ia tidak berlaku pada daging korban lembu itu” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia