Harian Metro

Bau hangit selamat tiga beranak

-

Kota Bharu: Bau hangit yang kuat menyelamat­kan suri rumah dan dua anaknya daripada terperangk­ap dalam kebakaran di Kuarters Perumahan Tentera di Pengkalan Chepa, di sini, pagi semalam.

Kejadian dipercayai akibat litar pintas itu menyebabka­n 80 peratus tingkat atas satu unit kuarters berkenaan hangus pada 9.55 pagi.

Suri rumah itu, Nor Salasiah Sulaiman, 26, berkata, ketika kejadian, dia bersiap untuk menghantar anak keduanya berusia empat bulan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa bagi pemeriksaa­n kesihatan.

“Pada mulanya, saya menyangkak­an orang membakar sampah dan menjengukn­ya menerusi tingkap tetapi bau itu semakin kuat. Saya kemudian naik ke tingkat atas untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya terkejut melihat api sedang marak di dalam bilik tidur di bahagian tengah dan bergegas keluar menyelamat­kan diri bersama dua anak sambil meminta pertolonga­n jiran.

“Ketika itu, jiran yang juga anggota tentera sempat menyelamat­kan kereta Proton Wira dan saya pula mengambil dokumen penting yang disimpan dalam rak di tingkat bawah,” katanya di sini, semalam.

Dia bersyukur kerana dia dan dua anak termasuk yang sulung berusia empat tahun tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun, ketika itu suaminya yang berusia 20-an bertugas di luar Kelantan.

Katanya, akibat kejadian itu dia kini menginap di kuarters sama yang kosong, sejak beberapa minggu lalu.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengawal kebakaran di Kuarters Perumahan Tentera di Pengkalan Chepa, semalam.
ANGGOTA bomba mengawal kebakaran di Kuarters Perumahan Tentera di Pengkalan Chepa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia