Harian Metro

Penduduk tahan tiga lelaki cuba curi motor

-

Bukit Mertajam: Tiga lelaki berputih mata apabila mereka bukan saja gagal melarikan motosikal, malah dicekup orang ramai ketika cuba melarikan diri di Taman Alma Jaya, jam 9.15 malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, tiga lelaki berusia 24 hingga 31 tahun berkenaan cuba mencuri motosikal Yamaha 125z milik penduduk taman itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tindakan mereka itu bagaimanap­un disedari mangsa sebelum bertindak menghampir­i mereka.

“Menyedari tindakan mereka dikesan pemilik, mereka kemudian melarikan diri dengan seorang daripada mereka mencampakk­an beg silang berwarna hitam miliknya.

“Mereka bagaimanap­un dicekup penduduk taman sebelum menghubung­i polis,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaa­n yang dilakukan polis terhadap suspek menemui besi yang digunakan bagi mencuri motosikal dan satu bekas plastik di dalamnya terdapat satu peket plastik lutsinar disyaki dadah heroin.

Nik Ros Azhan berkata, semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

“Semua suspek ditangkap dan barang kes dirampas. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 A dan Seksyen 511, Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia