Harian Metro

Diserang penyamun bercota

-

Kuala Terengganu: Seorang pembantu kedai makan bukan hanya diserang menggunaka­n cota tetapi menanggung kerugian apabila telefon bimbitnya dilarikan dua lelaki dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Kuala Ibai, di sini, Khamis lalu.

Kejadian dipercayai berlaku jam 3 pagi ketika mangsa berusia 17 tahun berada di restoran berkenaan sebelum dihampiri dua lelaki dengan seorang daripadany­a mangsa.

Menurut sumber, suspek memukul muka dan pinggang mangsa menggunaka­n cota sebelum mengambil telefon bimbit jenama Samsung lalu melarikan diri.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mendakwa tidak berpuas hati dengan sikap mangsa yang dikatakan bersikap kurang ajar dengannya.

“Susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamata­n

dikenali diri membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superinten­dan Suffian Sulaiman mengesahka­n menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan dengan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpula­n menggunaka­n senjata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia