Harian Metro

PEMERINTAH 59 TAHUN

- BERNAMA

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

mangkat pada usia 89 tahun

Alor Setar

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, mangkat semalam, pada usia 89 tahun, setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.

Sultan berjiwa rakyat ini menghembus­kan nafas terakhir pada jam 2.30 petang, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Almarhum baginda begitu disenangi oleh semua, kerana cukup dikenali dengan perwatakan baik, pertuturan lembut dan merendah diri yang menjadikan baginda kesayangan rakyat Kedah.

Almarhum baginda yang kembali menaungi negeri selepas bersemayam di takhta pemerintah­an negara selama lima tahun pada 12 Disember 2016, melakar sejarah tersendiri apabila ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ketua Negara Malaysia, sebanyak dua kali.

Pelantikan pertama ialah sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun hingga 20 September 1975.

Tiga puluh enam tahun kemudian, Almarhum baginda dilantik pula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13 Disember 2011 hingga 12 Disember 2016.

Pemilihan Almarhum Sultan Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dianggap istimewa kerana kitaran masa bagi seseorang Raja naik takhta sebagai Ketua Negara melalui sistem

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia