Harian Metro

Insulin ‘peneman’ dewan peperiksaa­n

-

Johor Bahru: “Set insulin ini ibarat seperti ‘nyawa’ dia,” kata Noraini Ismail, ibu kepada pesakit diabetis Nurhani Sofea Nazaruddin, 12, yang juga calon peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 yang bermula semalam.

Nurhani antara 135 calon Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Uda, di sini, yang menduduki UPSR bersama 11,208 calon lain membabitka­n 98 sekolah di seluruh negeri dimulai dengan mata pelajaran Bahasa Melayu.

Noraini yang juga guru Matematik sekolah berkenaan berkata, dia perlu memastikan tahap kesihatan anak kedua daripada lima beradik itu sentiasa dalam keadaan baik ketika menghadapi peperiksaa­n penting.

Katanya, dia tidak meletakkan harapan tinggi kepada anak perempuann­ya bagi mengelakka­n berdepan tekanan, malah sentiasa memberi sokongan.

“Saya perlu mengawal pemakanan anak (Nurhani) setiap hari dan jika dia kurang gula dalam darah, keadaan itu pasti akan mengganggu mindanya serta badan menjadi lemah.

“Malah, saya bimbang keadaan itu menyebabka­n dia mudah pengsan dan jika terlalu tertekan pula boleh memberi kesan kepada jantungnya,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan, di sini.

Katanya, disebabkan pankreas anaknya sudah rosak, Nurhani perlu diberikan suntikan insulin setiap kali mahu makan.

“Biasanya empat kali sehari dia perlu mendapatka­n suntikan insulin iaitu ketika bersarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

“Mahu atau tidak set insulin ini perlu dibawa bersama, malah ketika mahu bersarapan pagi pun set ini dibawa bersama untuk memantau kadar gula dalam darahnya,” katanya.

 ??  ?? NORAINI membantu Nurhani menyuntik insulin ketika waktu rehat di Sekolah Kebangsaan
Kompleks Uda, Johor Bahru.
NORAINI membantu Nurhani menyuntik insulin ketika waktu rehat di Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia