Harian Metro

Tak patah semangat walau tempurung kepala pecah

-

Walaupun terbabit kemalangan sebulan sebelum peperiksaa­n Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), ia tidak melunturka­n semangat

Klang Muhammad Hadil Amin Izwan Hadi, 12, untuk mendudukin­ya walaupun terpaksa memakai alat bantuan sokongan di tengkuk.

Murid Sekolah

Kebangsaan (SK) Rantau Panjang itu cedera selepas terbabit kemalangan ketika menunggang basikal untuk menunaikan solat hajat bagi menduduki UPSR di sekolah berkenaan, 17 Ogos lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu berlaku apabila rantai basikalnya tertanggal menyebabka­nnya hilang imbangan lantas terjatuh sebelum dilanggar kereta.

Muhammad Hadil yang retak pada tempurung kepala serta tengkuk berkata, kejadian terbabit tidak mematahkan semangatny­a untuk menduduki peperiksaa­n.

“Saya akan tetap menjawab semua soalan biarpun tidak selesa kerana perlu sentiasa berdiri tegak dan sukar merehatkan kepala. Saya tidak akan mengaku kalah.

“Namun, keadaan agak kekok kerana saya diasingkan dan tidak dapat bersama rakan lain,” katanya ditemui selepas peperiksaa­n itu di SK Rantau Panjang, semalam.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim.

Kata Muhammad Hadil, dia mensasarka­n untuk memperoleh keputusan 6A.

Sementara itu, bapanya, Izwan Hadi Ahmad Tarmizi, 38, berkata, dia berbangga dengan semangat dan kecekalan anak sulung daripada tiga beradik berkenaan.

 ??  ?? MUHAMMAD Hadil (kanan) yang mengalami retak tempurung kepala menjawab UPSR di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang.
MUHAMMAD Hadil (kanan) yang mengalami retak tempurung kepala menjawab UPSR di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia