Harian Metro

Bergegas solat Dhuha di surau

-

Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjawab peperiksaa­n menggunaka­n rakaman suara sebelum jawapannya ditulis guru bertugas.

Nur Ain Hidayah Ngah, 12, yang terpaksa menduduki peperiksaa­n di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam perlu menjawab soalan menggunaka­n kaedah khas itu kerana tidak mampu menulis sendiri disebabkan tangannya cedera.

Urat tangan kanannya dikatakan hampir putus selepas tertusuk kaca ketika menutup tingkap rumahnya di Kampung Maras, di sini, pada petang Ahad minggu lalu.

Ibunya, Faridah Abu Bakar, 40, berkata, anaknya itu

Kuala Terengganu Seremban: Sebaik selesai peperiksaa­n kertas Bahasa Melayu (Pemahaman), murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seremban 2A bergegas keluar dewan ke surau menunaikan solat Dhuha, semalam.

Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terbabit menggunaka­n masa terluang itu untuk menunaikan solat dengan dibimbing guru sebelum masuk semula ke dewan menduduki ujian Bahasa Melayu (Penulisan).

Muhammad Huzaifah Yudy, 12, berkata, amalan itu dilakukan bersama rakan lain sejak awal tahun bertujuan memohon kepada Allah supaya urusan mereka dipermudah­kan.

Menurutnya, ibadah sunnah Rasullah itu disarankan ustaz di sekolah sebelum menjadi amalan harian mereka.

“Sebelum ini, kami menunaikan solat Dhuha ketika waktu rehat pada jam 10.20 pagi. Kami akan ke surau terlebih dahulu untuk menunaikan solat sebelum ke kantin untuk makan.

“Saya sangat berterima kasih kepada guru yang menerapkan amalan solat sunat itu sebagai pendorong kejayaan,” katanya ketika ditemui selepas menduduki peperiksaa­n UPSR, di sini.

Rakannya Muhammad Syukri Ibrahim, 12, pula menyifatka­n amalan solat itu memberikan ketenangan kepadanya.

 ??  ?? SEKUMPULAN calon mengambil kesempatan menunaikan solat sunat
Dhuha di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A, Negeri Sembilan.
SEKUMPULAN calon mengambil kesempatan menunaikan solat sunat Dhuha di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A, Negeri Sembilan.
 ??  ?? CALON mengulang kaji pada saat akhir ketika waktu rehat di Sekolah Kebangsaan Raja Muda Seksyen 4, Shah Alam.
CALON mengulang kaji pada saat akhir ketika waktu rehat di Sekolah Kebangsaan Raja Muda Seksyen 4, Shah Alam.
 ??  ?? Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seremban 2A memberikan kismis kepada calon UPSR.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seremban 2A memberikan kismis kepada calon UPSR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia