Harian Metro

Masih lagi relevan

- Amniera Naziera Amran am@hmetro.com.my

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengekalka­n pelaksanaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid tahun enam di sekolah seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UPSR masih relevan dan pihaknya belum bersedia untuk mengubah sistem UPSR sedia ada setakat ini.

“Tidak harus tergesa-gesa untuk memansuhka­n UPSR kerana perubahan itu memakan masa yang lama dan perlunya perbincang­an secara terperinci dengan pelbagai pihak termasuk murid, ibu bapa, guru dan persatuan ibu bapa, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Ia perlu kajian secara menyeluruh kelemahan yang ada serta menyemak semula dasar sebelum melakukan perubahan terhadap sistem UPSR sekarang.

“KPM belum bersedia menggantik­an suatu dasar atau sistem sedia ada dengan sistem baru yang belum terbukti berkesan secara positif sehingga suatu masa yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke SK Sri Gaya sempena hari pertama UPSR, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad serta Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Maimunah Suhaibul.

Mahdzir berkata, UPSR masih relevan dengan Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) yang sejak mula dilaksanak­an pada tahun lalu dan dianggap mampu membantu murid menaikkan prestasi pencapaian.

“PBS membolehka­n guru memberikan markah secara holistik terhadap pencapaian murid dan bukannya bergantung kepada keputusan akademik semata-mata,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 443,794 calon UPSR di seluruh negara termasuk 44,000 calon UPSR di

 KPM tak tergesa-gesa mansuh sistem sedia ada

negeri ini membabitka­n calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan serta calon sekolah swasta.

“Sebanyak 8,085 pusat peperiksaa­n dibuka di seluruh negara membabitka­n 51,363 petugas peperiksaa­n bagi memantau pelajar yang menduduki UPSR,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap supaya ibu bapa sentiasa memastikan keselamata­n dan kesihatan anak dalam keadaan baik sehingga selesai menduduki peperiksaa­n UPSR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia