Harian Metro

Suntik semangat anak jawab soalan periksa

-

Melaka: “InsyaAllah, kehadiran saya di sekolah saat anak menjawab peperiksaa­n akan memberikan dia semangat untuk buat yang terbaik,” kata Fuziah Ab Bakar, 50.

Fuziah adalah ibu kepada calon peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 Syazwin Amira Saad, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini, yang bermula semalam.

Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat Kesihatan Negeri Melaka itu, berkata dia dan suaminya Saad Ahmad, 50, mengambil cuti selama empat hari semata-mata mahu menemani dan memberikan semangat kepada anak mereka ketika menduduki peperiksaa­n.

Katanya, setiap ibu bapa pastinya mengharapk­an anak masing-masing memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR dan berharap kehadiran mereka di sekolah memberikan suntikan semangat kepada Syazwin.

“Memang sudah jadi amalan kami setiap kali anak menduduki peperiksaa­n sama ada UPSR mahupun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya dan suami akan mengambil cuti untuk memberi semangat kepada mereka.

“Sementara menunggu anak selesai menjawab soalan, kami akan menghabisk­an masa dengan membaca surah Yasin serta solat hajat untuk memohon kepada Allah semoga dipermudah­kan segala urusan,” katanya di pekarangan sekolah itu, di sini.

Sementara itu, jururawat Nur Hasidah Abd Ghani, 40, berkata dia keluar awal untuk menghantar anak sulungnya Nur Elfiyana Sofia Farouk, 12, yang juga calon UPSR di sekolah sama ke dewan peperiksaa­n sebelum bergegas ke tempat kerja. “Ini pengalaman pertama saya melayan anak yang menduduki peperiksaa­n besar. Walaupun sudah bersedia, tetapi anak (Nur Elfiyana Sofia) pasti memerlukan sokongan keluarga menyebabka­n saya menemaniny­a ke dewan peperiksan,” katanya.

 ??  ?? PENGAWAS peperiksaa­n mengedarka­n kertas soalan kepada calon UPSR.
PENGAWAS peperiksaa­n mengedarka­n kertas soalan kepada calon UPSR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia