Harian Metro

Elvina lega tidak alami penyakit serius

-

Pelakon popular Elvina Mohamad lega apabila disahkan hanya mengalami ketumbuhan biasa dan tidak ada kaitan dengan penyakit serius atau kanser.

Elvina, 22, berkata, dia akan menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur bagi membuang ketumbuhan di bahagian usus itu.

“Saya mula rasa tidak selesa di bahagian rektum sejak enam bulan lalu, tetapi hanya berkesempa­tan mendapatka­n rawatan, baru-baru ini kerana sibuk dengan penggambar­an.

“Saya bersyukur apabila doktor mengesahka­n ia hanya ketumbuhan biasa dan tidak serius. Ia tidak ada kaitan dengan kanser,” katanya yang dimasukkan ke wad esok.

Disebabkan ia tidak serius, pelakon utama drama bersiri Jojie Gigil itu

(gambar)

membuat keputusan untuk menjalani pembedahan hari ini selepas penggambar­an drama bersiri terbaru lakonannya, Kalis Kasih selesai.

Menurut Elvina, doktor akan melakukan pembedahan kecil dan dia diminta untuk berpuasa hari ini di samping menjalani beberapa ujian.

“Walaupun pembedahan ini kecil, tetapi doktor meminta saya berehat panjang bagi memastikan luka dalaman sembuh dengan cepat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia