Harian Metro

‘Untuk abah’

- Sudirman Mohd Tahir sudriman@hmetro.com.my

Penyanyi popular Elly Mazlein membuat kejutan dengan menghadiah­kan bapanya kereta mewah Mercedes-Benz C200 yang dianggarka­n bernilai lebih RM200,000.

Elly berkata, hadiah itu bakal diberikan selepas bapanya pulang dari menunaikan ibadat haji pada 4 Oktober ini.

“Apa yang saya lakukan ini sangat kecil jika dibandingk­an dengan jasa dan pengorbana­n abah selama ini. Sebagai anak saya tak mampu nak membalas jasa dan titik peluhnya.

“Pemberian ini sebagai tanda kasih sayang saya kepada

 Elly Mazlein hadiahkan bapa Mercedes-Benz bernilai lebih RM200,000

abah. Kalau ikutkan banyak lagi perkara boleh dibuat, tetapi ini saja yang termampu. Bagi saya, tak salah jika nak berhabis untuk kedua ibu bapa kerana Allah akan kurniakan lebih banyak rezeki,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Elly, dia memilih kereta jenis itu kerana berasakan ia sesuai dengan personalit­i bapanya.

Elly berkata, dia bersyukur kerana selepas berkahwin, dia dilimpahka­n rezeki dan ingin berkongsi dengan orang tersayang.

“Ini antara pemberian terbesar saya kepada abah. Sebelum ini ada juga yang lain, tapi tak perlu saya kongsikan. Hadiah ini bukan bersempena hari jadi atau apa, tapi sekadar kejutan.

“Ketika sambutan hari jadi abah lalu, saya menghadiah­kannya percutian,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia