Harian Metro

Mayat terbiar

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Ada yang mati dalam perjalanan untuk masuk ke Bangladesh kerana kelaparan, terlalu letih dan uzur manakala mayat mereka ditinggalk­an begitu saja di dalam hutan kerana apa yang lebih penting ialah selamat sampai ke Bangladesh.

Itu nasib pelarian Rohingya yang merentasi laluan berbukit berhampira­n Balukhali di Teknaf, Bangladesh selepas keluar dari kampung halaman mereka yang musnah dalam operasi ketenteraa­n sejak 25 Ogos lalu.

Perjalanan yang mengambil masa selama empat hari dengan cuaca hujan tanpa makanan menjadikan mereka kini berdepan maut sebelum sampai ke kawasan pelarian di Bangladesh yang kini padat dengan ribuan pelarian yang mula tiba sejak 10 hari lalu.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Fayazee, Mohamed Idris berkata, pelarian yang keluar dari Maungdaw berjalan dari sempadan Taung Pyaw ke Balukhali membawa bersama barangan peribadi dan ada yang menggendon­g anak kecil.

“Mereka berjalan di laluan berlumpur dalam hujan. Ada meninggal dunia akibat kelaparan dan sakit namun jumlahnya belum dipastikan setakat ini.

“Mayat dibiarkan di tepi jalan begitu saja tanpa diuruskan dengan sempurna disebabkan tiada kemudahan. Dengan perasaan sedih, mereka meninggalk­an mayat sanak-saudara dan meneruskan perjalanan,” katanya.

Sementara itu, bantuan kemanusiaa­n daripada pelbagai pertubuhan antarabang­sa

 Pelarian rentas bukit dalam hujan tanpa bekalan makanan selamatkan diri ke Bangladesh

mula diagihkan ke kawasan berhampira­n sempadan di Sungai Naf sejak dua hari lalu, rahmat besar kepada pelarian Rohingya.

Ini kerana selepas 16 hari operasi ketenteraa­n di Arakan, sebahagian besar pelarian yang lari meninggalk­an kampung halaman mereka memasuki sempadan Bangladesh, lokasi di mana semua bantuan dihulurkan.

Beberapa pertubuhan dari Malaysia tidak terkecuali mengaktifk­an bantuan, antaranya Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), PASRelief, Serantau Muslim, Global Peace Mission dan Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care).

Antara yang terawal tiba menyalurka­n bantuan daripada rakyat Malaysia ialah PASRelief yang berada di Tankhali sejak dua hari lalu, selain MAPIM yang dijadual berlepas dari ibu negara hari ini.

Selain itu, Global Peace Mission meninjau di lokasi di Bangladesh yang menjadi pintu ketibaan pelarian ke Bangladesh.

 ??  ?? PELARIAN Rohingya dengan dibantu anak mendirikan khemah selepas menyeberan­g sempadan Bangladesh.
PELARIAN Rohingya dengan dibantu anak mendirikan khemah selepas menyeberan­g sempadan Bangladesh.
 ??  ?? ANAK kecil tertidur keletihan selepas melepasi sempadan bersama keluarga. GURU lelaki dikenali sebagai Master Kamal di kem pelarian Balukhali, Ukhia, Bangladesh.
ANAK kecil tertidur keletihan selepas melepasi sempadan bersama keluarga. GURU lelaki dikenali sebagai Master Kamal di kem pelarian Balukhali, Ukhia, Bangladesh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia