Harian Metro

‘Pembunuhan beramai-ramai’

-

Luar Bangladesh A H Mahmood Ali mengesahka­n pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di negeri Rakhine, Myanmar menyebabka­n 300,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri bagi menyelamat­kan nyawa mereka.

“Masyarakat antarabang­sa menyatakan ia pembunuhan beramai-ramai. Kami juga menyatakan ia pembunuhan beramai-ramai,” katanya selepas memberi taklimat kepada diplomat di Dhaka.

Mahmood bertemu diplomat Barat dan Arab di pejabat agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bangladesh bagi mendapatka­n sokongan untuk penyelesai­an politik serta bantuan kemanusiaa­n kepada Rohingya.

Menurutnya, 300,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak dua minggu lalu, menjadikan keseluruha­n jumlah pelarian kini 700,000.

Dua diplomat yang menghadiri perjumpaan itu memberitah­u, Mahmood berkata, sehingga 3,000 etnik Rohingya dibunuh dalam keganasan itu.

Agensi kemanusiaa­n PBB menganggar­kan 1,000 maut, semuanya etnik Rohingya selepas seminggu keganasan tercetus.

Menurut PBB, 294,000 pelarian Rohingya memasuki Bangladesh sejak 25 Ogos lalu dengan puluhan ribu masih menyembuny­ikan diri di Rakhine. – AFP

 ??  ?? ANGGOTA polis Bangladesh melarang pelarian Rohingya mendirikan khemah berhampira­n bandar Teknaf, kelmarin.
ANGGOTA polis Bangladesh melarang pelarian Rohingya mendirikan khemah berhampira­n bandar Teknaf, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia