Harian Metro

Sebulan

-

Guru di Pusat Pendidikan Muhajirin Rohingya peruntuk sebahagian gaji bantu pelarian

Guru di Pusat Pendidikan Muhajirin Rohingya Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Ampang itu berkata, perkara itu sudah menjadi azamnya sejak menjejakka­n kaki ke Malaysia, empat tahun lalu.

Menurutnya, dia bersyukur kerana ‘penghijrah­annya’ ke Malaysia secara haram melalui sempadan Thailand pada 2012 memberikan­nya pendapatan bulanan yang tetap hasil pendidikan di sebuah universiti di Myanmar.

“Waktu memasuki Malaysia dulu, saya sudah berazam jika mendapat rezeki tetap di sini, saya akan membantu mengikut kemampuan diri untuk membantu nasib pelarian Rohingya lain yang lebih memerlukan.

“Walaupun mungkin nilai RM50 itu tidaklah sebanyak mana, tapi ia memberi saya kepuasan yang tidak tergambar apabila dapat melihat riak wajah bangsa sendiri yang benar-benar dalam kesusahan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Bapa kepada dua anak lelaki berusia lapan dan lima tahun itu berkata, dia juga bersyukur dengan keprihatin­an ditunjukka­n pemimpin dan rakyat negara ini termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menyalurka­n sumbangan kepada etnik Rohingya.

“Jika penerima memerlukan jumlah belanja yang besar selain daripada bantuan keperluan makanan seperti beras, minyak masak, biskut dan tepung yang boleh dilakukan sendiri, saya akan cuba meminta bantuan daripada pihak NGO.

“Kebanyakan NGO ini sedia membantu mengikut kemampuan masing-masing walaupun ada sesetengah pelarian ini, mereka juga berasa malu apabila terpaksa meminta-minta setelah kehilangan segala-galanya,” katanya.

Menceritak­an tentang nasib adik-beradik termasuk ibunya di Rakhine selepas konflik berdarah terbaharu 25 Ogos lalu, Shomim berkata, tidak ada satu waktu pun yang terlepas daripada titipan doa buat keselamata­n ibu serta tiga adiknya di bandar Buthidaung, Rakhine.

“Serangan junta tentera Myanmar memusnahka­n rumah serta dua kedai runcit yang diusahakan keluarga sejak enam tahun lalu memaksa keluarga melarikan diri ke Bangladesh.

“Alhamdulil­lah, selepas 12 hari menempuhi perjalanan hutan tebal, merentasi tujuh hingga lapan bukit, mereka selamat tiba di kem pelarian Kutu Palong, Bangladesh,” katanya.

 ??  ?? SHOMIM (kiri) bersama anaknya, Mohd Aziz di Pusat Pendidikan Muhajirin Rohingya PERKIM.
SHOMIM (kiri) bersama anaknya, Mohd Aziz di Pusat Pendidikan Muhajirin Rohingya PERKIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia