Harian Metro

Pemandu lori maut tercampak

-

Rawang: Seorang pemandu lori tangki meninggal dunia selepas tercampak daripada kenderaan berat itu yang berlanggar dengan treler di Kilometer 437.2, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Kuala Lumpur di sini, semalam.

Pada kejadian jam 1.20 pagi, mangsa, Muhammad Shahid Abdullah, 34, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Difahamkan, mangsa yang datang dari arah Ipoh, Perak menghala ibu negara gagal mengelak treler di laluan sama.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Pegawai Bomba Zaffrool Zahri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan, jam 1.32 pagi.

 ??  ?? KEADAAN lori tangki yang melanggar treler, semalam.
KEADAAN lori tangki yang melanggar treler, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia