Harian Metro

Bakal wujud bas pengantara RM1

-

Kota Kinabalu: Selepas kejayaan Projek Van 10 sen, usahawan muda, Achmad Noorasyrul, 30, berhasrat mewujudkan perkhidmat­an bas pengantara dari perhentian bas Kingfisher ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas, dekat sini.

Menurutnya, perkhidmat­an yang bakal diwujudkan ini mengenakan kadar bayaran RM1 saja kepada pengguna.

Namun, katanya, perkhidmat­an percuma tetap diberikan kepada pesakit yang mendapatka­n rawatan di hospital terbabit, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu mengandung.

Beliau berkata, idea untuk mewujudkan perkhidmat­an itu timbul selepas pihaknya menyedari bahawa tidak ada perkhidmat­an bas terus dari bandar ke hospital berkenaan.

Katanya, setakat ini, perkara itu masih dalam perbincang­an dan ia tertakluk kepada kelulusan pelbagai agensi berkaitan termasuk yang menyelia perkhidmat­an van atau bas penumpang.

“Jika cadangan ini mendapat lampu hijau, ia mampu menyelesai­kan masalah masyarakat di negeri ini yang mengalami kesukaran mendapatka­n perkhidmat­an bas secara terus ke HWKKS, melainkan terpaksa menggunaka­n teksi.

“Kalau kita banding dengan kos yang perlu dikeluarka­n bagi menyewa kenderaan persendiri­an dari kawasan rumah untuk pergi ke hospital, sudah tentu ia membabitka­n kos besar.

“Saya harap usaha kami ini dapat meringanka­n beban sesetengah pihak kerana van yang sedia ada (Projek Van 10 sen) kini masih tidak memadai untuk membantu menghantar ramai pesakit,” katanya. Beliau berkata, perkhidmat­an itu bukan bertujuan mengganggu pengusaha bas atau van penumpang lain di Kota Kinabalu, tetapi lebih kepada inisiatif untuk membantu golongan tidak berkemampu­an.

“Kita bukan mengganggu periuk nasi pengusaha bas lain, namun mewujudkan satu laluan khas untuk membawa pesakit tidak berkemampu­an bagi mendapatka­n rawatan.

“Ia juga bagi menambah baik perkhidmat­an awam yang sedia ada di Sabah,” katanya.

 ??  ?? PESAKIT dibawa masuk ke dalam van untuk dihantar ke hospital. ACHMAD (kiri) dan rakannya, Abu yang menjalanka­n perkhidmat­an Projek Van 10 sen.
PESAKIT dibawa masuk ke dalam van untuk dihantar ke hospital. ACHMAD (kiri) dan rakannya, Abu yang menjalanka­n perkhidmat­an Projek Van 10 sen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia