Harian Metro

Syukur terima pampasan insurans arwah suami

-

Kuantan: “Jumlah wang pampasan diterima tidak mampu mengembali­kan nyawa suami tercinta yang pergi meninggalk­an saya bersama empat anak akibat terbabit kemalangan.

“Namun, saya bersyukur kepada Allah apabila menerima wang pampasan insurans yang dicarum arwah suami,” kata ibu tunggal, Noor Azaliza Ahmad, 40, yang menerima pampasan insurans Skim Zurich Takaful berjumlah RM150,898 dicarum arwah suaminya sejak dua tahun lalu.

Noor Azaliza yang tinggal di Taman Perumahan di Indera Mahkota 15, di sini, berkata, arwah suaminya pernah memaklumka­n mengenai caruman berkenaan namun tidak mengetahui jumlah dibayar setiap bulan.

Katanya, dia tidak mengambil tahu perkara itu memandangk­an caruman berkenaan dibayar arwah tanpa pengetahua­n ahli keluarga.

Arwah suaminya, Roszaan Mat Tahir, 39, parah selepas kenderaan pacuan empat roda Mitshubish­i Pajero dipandunya terbabas di Kilometer 245.1, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Bukit Goh, 6 pagi, 9 Mac lalu.

Selepas hampir sebulan bertarung nyawa di katil Hospital Tengku Ampuan (HTAA), di sini, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman.

“Saya akan gunakan sebahagian wang pampasan itu untuk upah haji dan kenduri buat arwah.

“Selebihnya digunakan untuk keperluan empat anak yang berusia dua hingga 15 tahun yang bersekolah,” katanya selepas menerima replika cek daripada Konsultan Insurans Zurich Takaful, Rosdi Awang Ngah di Wisma Bauk, di sini, semalam.

Katanya, dia berterima kasih kepada Zurich Takaful kerana menguruska­n pengeluara­n wang caruman itu

Sementara itu, Rosdi berkata arwah mencarum skim berkenaan sejak dua tahun lalu dengan pembayaran RM200 sebulan.

 ??  ?? NOOR Azaliza menerima replika cek pampasan insurans daripada Rosdi, semalam.
NOOR Azaliza menerima replika cek pampasan insurans daripada Rosdi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia