Harian Metro

Bangkit lawan penyakit SLE

-

Melaka: Seorang wanita mengambil sehingga 30 pil setiap hari sebagai usaha menahan kesakitan akibat penyakit Systemic Lupus Erythemato­sus (SLE) yang dihidapiny­a sejak sembilan tahun lalu.

Lebih membimbang­kan apabila wanita berkenaan Fairuz Aziha Shamsudin, 41, disahkan menghidap penyakit itu pada tahap empat, sekali gus hanya bergantung kepada ubat-ubatan untuk meneruskan hidup.

Fairuz Aziha yang menetap di Taman Desa Taming Sari, Sungai Udang, berkata, doktor mengesahka­n masalah kesihatan itu sebagai penyakit keturunan kerana ibunya turut menghidap SLE.

Menurutnya, akibat penyakit SLE, ibunya meninggal dunia pada usia 38 tahun, malah anak sulungnya Nurul Aisyah Othman, 17, juga disahkan menghidap penyakit sama, namun masih di peringkat awal.

“Pada mulanya saya memang tidak dapat menerima keadaan ini, namun bila mengenangk­an nasib tiga anak berusia sembilan hingga 17 tahun dan suami menyebabka­n saya menguatkan semangat bangkit melawan kesakitan,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron di rumahnya, di sini, baru-baru ini.

 ??  ?? FAIRUZ yang menghidap penyakit SLE perlu mengambil sehingga 30 pil setiap hari.
FAIRUZ yang menghidap penyakit SLE perlu mengambil sehingga 30 pil setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia