Harian Metro

Ragut depan taska

-

Gombak: Seorang guru Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) disamun lelaki bersenjata­kan parang dalam kejadian di Taman Sri Gombak di sini, jam 6.25 pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 25 tahun baru tiba dengan rakannya, juga guru wanita TASKA berkenaan untuk memulakan operasi harian.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, ketika rakan mangsa membuka kunci mangga jeriji, dua lelaki yang menunggang Yamaha LC hitam berhenti di depan premis.

“Seorang daripada suspek yang memakai topi keledar berpenutup penuh terus mengacukan parang ke arah mangsa dan memaksanya menyerahka­n wang.

“Mangsa yang bimbangkan keselamata­n diri menyerahka­n RM102 kepada suspek. Bagaimanap­un, suspek tidak mencederak­an rakan mangsa.

“Kedua-dua suspek kemudian memecut dari lokasi,” katanya.

Ali berkata, kedua-dua wanita berkenaan selamat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 48 saat mengenai kejadian itu tular di laman sosial Facebook (FB) dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV yang menunjukka­n seorang lelaki bersenjata­kan parang menyamun pembantu TASKA di Taman Sri Gombak.
RAKAMAN CCTV yang menunjukka­n seorang lelaki bersenjata­kan parang menyamun pembantu TASKA di Taman Sri Gombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia