Harian Metro

Kejutan aksi anak gadis dalam bilik

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Suami isteri pulang ke rumah temui teman lelaki hanya bertuala

Suami isteri terkejut apabila menemui anak perempuan mereka yang berusia 16 tahun bersama seorang lelaki yang hanya bertuala dalam bilik kediaman mereka, Selasa lalu.

Kejadian jam 12 tengah hari itu berlaku ketika suami isteri berkenaan baru tiba di rumah mereka di Batu 9, Cheras, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof berkata, sebaik tiba di rumah, mereka mendapati jeriji pintu berkunci.

“Mereka mengetuk pintu rumah berulang kali dan menelefon anak namun panggilan itu tidak berjawab.

“Bapa remaja itu kemudian masuk melalui pintu belakang dan mendapati televisyen terbuka tetapi tiada sesiapa di ruang tamu,” katanya, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, lelaki itu kemudian naik ke tingkat atas dan mengetuk pintu bilik tidur remaja terbabit.

“Sebaik anaknya membuka pintu, dia mendapati ada lelaki yang hanya bertuala di bilik berkenaan.

“Remaja berkenaan terus menyembuny­ikan diri dalam selimut manakala bapanya yang berang memukul anaknya itu dengan mengunakan batang kayu mop,” katanya.

Menurut beliau, suspek lelaki terbabit kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? AHMAD Dzaffir
AHMAD Dzaffir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia