Harian Metro

Sejuta sertai Moh Ngeteh Merdeka

-

Sungai Petani: Kira-kira sejuta peserta membabitka­n komuniti Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta orang ramai menyertai Program Moh Ngeteh Merdeka KKLW 2017 sebagai kemuncak program Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini yang diadakan serentak di seluruh negara semalam.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majlis itu turut membabitka­n lebih 12,000 lokasi lain di dalam dan luar negara.

“Kita menyasarka­n sejuta peserta menyertai program ini yang membabitka­n komuniti KKLW termasukla­h pelajar serta masyarakat yang terbabit dengan kementeria­n ini.

“Terdapat penambahan jumlah peserta apabila lebih ramai yang berminat menyertai program ini berbanding tahun lalu dan turut disertai oleh pelajar kita yang berada di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Moh Ngeteh Merdeka KKLW 2017 di Institut Kemahiran MARA, semalam.

Ia turut dihadiri oleh 2,000 peserta.

Program membabitka­n semua bahagian, unit dan agensi di bawah KKLW seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Turut serta, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) dan Mini RTC.

 ??  ?? ISMAIL (depan, tengah) mengetuai laungan merdeka pada Program Moh Ngeteh Merdeka KKLW 2017 di Institut Kemahiran MARA, semalam.
ISMAIL (depan, tengah) mengetuai laungan merdeka pada Program Moh Ngeteh Merdeka KKLW 2017 di Institut Kemahiran MARA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia