Harian Metro

Syor ‘ketuk pintu’

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

 Kerajaan mahu entiti multinasio­nal buka peluang syarikat tempatan pasar produk halal

Konglomera­t multinasio­nal di negara ini diminta supaya membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk menjalinka­n kerjasama bagi memasarkan produk halal ke pasaran antarabang­sa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan mahu semua ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat multinasio­nal supaya membuka pintu kepada pengusaha produk halal tempatan untuk bekerjasam­a dalam pasaran yang lebih strategik.

Kata beliau, pihaknya akan mengeluark­an jemputan untuk membolehka­n semua CEO duduk berbincang bagi merealisas­ikan hasrat berkenaan, selain mencari strategi terbaik dalam mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua-dua belah pihak.

“Saya cadangkan syarikat tempatan supaya ‘ketuk pintu’ syarikat multinasio­nal untuk memasarkan produk kita ke peringkat antarabang­sa kerana masalah utama rakyat kita adalah suka merendah-rendahkan produk tempatan sedangkan produk keluaran Malaysia diterima baik di negara luar.

“Pengusaha kita boleh serta berkemampu­an mengeluark­an produk halal berkualiti dan semua pihak perlu keluar daripada kepompong pemikiran sedia ada bagi memastikan Malaysia kekal peneraju industri halal dunia,” katanya pada sesi Dialog Perdana Industri Halal anjuran Halal Industry Developmen­t Corporatio­n (HDC) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia berkata, kerajaan menerusi majlis berkenaan sedang mengendali­kan rangka kerja yang akan memacu Malaysia melangkaui status sebagai Peneraju Halal Global pada tahun 2020.

Kata beliau, kerajaan memerlukan pelan baru kerana Pelan Induk Industri Halal yang digunakan sebelum ini sudah digunakan sejak tahun 2008.

 ?? Dr Ahmad Zahid Hamidi ?? Saya cadangkan syarikat tempatan supaya
‘ketuk pintu’ syarikat multinasio­nal untuk memasarkan produk kita ke peringkat antarabang­sa”
Dr Ahmad Zahid Hamidi Saya cadangkan syarikat tempatan supaya ‘ketuk pintu’ syarikat multinasio­nal untuk memasarkan produk kita ke peringkat antarabang­sa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia