Harian Metro

Malaysia, Indonesia hantar pencalonan pantun

-

Kinabalu: Malaysia bersama Indonesia secara bersama menghantar pencalonan pantun untuk diiktiraf sebagai warisan kebudayaan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Mac lalu.

Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khalid merangkap Presiden Suruhanjay­a Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) berkata, selain pantun, dua lagi warisan kebudayaan iaitu Dondang Sayang dan Pesta Wangkang turut dicalonkan ke UNESCO.

“Pantun ini, kita buat ber- sama Indonesia dan dihantar ke UNESCO bersama Indonesia, Mac lalu. Kami (SKUM) bawa pantun, Indonesia juga bawa pantun. Kertas pencalonan itu akan dikembalik­an semula untuk dikemas kini dan proses ini mengambil masa sehingga dua, tiga kali untuk dinilai.

“Akhirnya diiktiraf antara Malaysia dan Indonesia pencalonan bersama. Sebab kalau bawa seorang (negara) ada masalah nanti,” katanya ketika ditemui media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Agung SKUM ke-39 di Wisma Pendidikan, semalam.

 ??  ?? MAHDZIR (kanan) pada Mesyuarat Agung SKUM ke-39 di Wisma Pendidikan Sabah, Likas.
MAHDZIR (kanan) pada Mesyuarat Agung SKUM ke-39 di Wisma Pendidikan Sabah, Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia