Harian Metro

Perdana Menteri tiba di Amerika Syarikat

-

Washington, DC: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba semalam untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald J Trump di White House.

Ketibaan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique di Joint Base Andrews di Maryland.

Pertemuan yang akan diadakan atas undangan Trump itu adalah sempena sambutan ulang tahun ke-60 terjalinny­a hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri dijangka memohon sokongan Amerika dalam usaha menghentik­an keganasan oleh pihak tertentu terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Kuala Lumpur mengulangi komitmenny­a untuk memperjuan­gkan hak etnik Rohingya dan menghantar misi kemanusiaa­n bagi membantu pelarian yang didakwa meninggalk­an kampung halaman mereka untuk mengelak daripada menjadi mangsa penindasan tentera Myanmar. - BERNAMA

 ??  ?? KETIBAAN Najib disambut kakitangan Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat.
KETIBAAN Najib disambut kakitangan Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia