Harian Metro

Dokumentar­i 30 minit legasi Mat Kilau

-

Kuala Lumpur: Institut lntegriti Malaysia (lNTEGRlTl) melancarka­n sebuah dokumentar­i bertajuk Jejak Mat Kilau sempena sambutan Hari Malaysia 16 September ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, dokumentar­i selama 30 minit itu mengisahka­n jejak laluan pahlawan Melayu terbilang itu antara Pahang dan Terengganu ketika menentang penjajah Inggeris dan dihasilkan sepenuhnya oleh pegawai dan kakitangan­nya.

“Kami memilih untuk mengetenga­hkan kisah salah seorang tokoh sejarah negara ini dalam bentuk dokumentar­i melalui penyampaia­n yang lebih segar bagi menyuntik minat golongan muda mengenali sejarah.

“Belia khususnya perlu memahami sejarah dan menghayati perjuangan Mat Kilau semasa hayatnya dan boleh melihat lokasi bersejarah seperti dirakamkan 21 peserta Jejak Mat Kilau ini yang menyertai ekspedisi selama lima hari bermula 10 Julai lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarka­n program Integriti Dalam Sejarah dan Tayangan Perdana Dokumentar­i ‘Jejak Mat Kilau’ di Institut Integriti Malaysia di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin; Ketua Program Sejarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n UKM Prof Madya Dr Mohd Samsudin dan Setiausaha Persatuan Sejarah Terengganu (Delegasi Konservasi Kubu Mat Kilau) Mohd Rosli Wan Ngah.

Mengulas lanjut Anis Yusal berkata, rakyat Malaysia perlu sentiasa diberi pendedahan mengenai sejarah supaya dapat membina semangat patriotism­e terhadap negara.

“Kita tidak mahu ikon sejarah seperti Mat Kilau kian dilupai oleh generasi hari ini kerana kegagalan kita untuk memahami sejarah boleh menggagalk­an kita utuk merancang serta menentukan hala tuju negara di masa hadapan.

“Prinsip Mat Kilau yang tidak tunduk pada kuasa asing di zaman pemerintah­an British seharusnya menjadi ikutan kepada generasi muda untuk lebih cintakan negara.

“Sifatnya yang jujur, setia pada perjuangan dan tegas, menjadikan beliau sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikutny­a dan inilah antara elemen integriti yang menjadi intipati pengisian dokumentar­i Jejak Mat Kilau,” katanya.

Jelasnya, dokumentar­i berdurasi 30 minit itu mula dimuat naik di YouTube dan semua rangkaian media sosial sejak petang semalam dan boleh dikongsi sesiapa saja sebagai rujukan selain hak penyiaran kepada stesen televisyen untuk tontonan masyarakat.

 ??  ?? SHAMSUL, Dr Mohd Samsudin dan Wan Mohd Rosli pada sesi dialog Mat Kilau Penentang atau Pejuang di Institut Integriti.
SHAMSUL, Dr Mohd Samsudin dan Wan Mohd Rosli pada sesi dialog Mat Kilau Penentang atau Pejuang di Institut Integriti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia