Harian Metro

Bengkel baiki kenderaan terbakar

-

Sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Kampung Baru di sini, musnah terbakar jam 7 malam semalam.

Bagaimanap­un, kebakaran itu dapat dipadamkan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Kota Anggerik.

Kejadian disedari orang awam yang melalui kawasan itu selepas mendapati asap keluar daripada premis sebelum dia menghubung­i bomba.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 7.04 malam.

“Seramai 16 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi. Keseluruha­n bengkel musnah kerana api marak dengtan pantas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia