Harian Metro

Hormatilah tugas penjawat awam

- Noor Mohamad Shakil Hameed Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor Malaysia

Masyarakat perlu belajar memahami

tugas penjawat awam dan jangan bertindak

di luar kawalan sehingga mencetuska­n

pelbagai masalah lain

FAKTA Dalam kes terbaru,

seorang wanita didakwa bertindak biadab terhadap anggota penguat kuasa MPSJ di Puchong

Penjawat awam adalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Penulis ingin menegaskan perkara ini supaya seluruh anggota masyarakat sedar mengenai perasaan dan peranan seorang penjawat awam ketika melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab masing-masing.

Hal ini kerana insiden segelintir anggota masyarakat cuba bertindak kasar, mencederak­an dan mengugut penjawat awam termasuk menghalang mereka daripada menjalanka­n tugas dilihat mula menjadi trend serta budaya kurang sihat di negara kita.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu lagi insiden seumpama itu dan menjadi tular dalam media sosial. Dalam kes terbaru, seorang wanita didakwa bertindak biadab terhadap seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) di Puchong.

Dalam video berdurasi 37 saat yang mula tular itu memaparkan wanita itu memegang sebatang pengunci stereng kereta dan menghalaka­nnya ke arah penguat kuasa itu. Difahamkan, wanita itu berang apabila keretanya dikunci oleh pihak berkuasa selepas dia meletakkan­nya bukan di tempat letak kenderaan untuk membeli makanan di restoran berdekatan.

Wanita itu menjerit-jerit memarahi penguat kuasa berkenaan menjadikan alasan membeli makanan untuk suaminya yang juga orang kurang upaya (OKU). Berikutan kejadian ini, dilaporkan polis sudah membuka kertas siasatan selepas anggota penguat kuasa MPSJ membuat laporan.

Dalam soal ini, kita tidak mahu menjatuhka­n sebarang hukuman secara membuta tuli sehingga polis menyelesai­kan tugas mereka, namun secara umumnya tindakan mengacu pengunci stereng serta menjerit-jerit memarahi anggota penguat kuasa yang hanya menjalanka­n tugasnya adalah sikap dan perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali.

Bayangkan kalau wanita itu hilang kawalan dan kesabaran lantas menghayun dan memukul anggota itu dengan pengunci stereng atau sebaliknya penguat kuasa terpaksa bertindak untuk mempertaha­nkan keselamata­n dirinya.

Pastinya keadaan akan menjadi lebih buruk, ada kemungkina­n anggota penguat kuasa mahupun wanita itu boleh cedera serius. Jadi, soalan pertama yang timbul dalam benak fikiran kita ialah di mana adab dan nilai kesopanan sebagai masyarakat timur? Kenapa susah sangat untuk mengaku salah mahupun sedikit bersabar dan selesaikan isu ini dengan berhemah?

Mujurlah anggota penguat kuasa itu dapat memperliha­tkan tahap kesabaran yang tinggi dan untuk itu kita wajar tabik sikap anggota itu yang langsung tidak berkasar dengan wanita terbabit. Penulis cukup geram dan juga marah dengan insiden seperti ini kerana ironinya ini bukan kali pertama penjawat awam diperlakuk­an seperti ini terutamany­a dalam khalayak ramai. Sudah terlalu banyak kes orang awam menghalang tugas penjawat awam dilaporkan sebelum ini, namun ternyata masih berlarutan.

Misalnya, pada Februari lalu, seorang penunggang basikal didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menggunaka­n kekerasan menghalang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalanka­n tugas.

Sebelum itu, pada Disember 2016 pula, dua peniaga ditahan polis kerana mengacukan pisau terhadap penguat kuasa Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP). Malah, kita juga masih ingat satu lagi insiden yang cukup popular di media sosial suatu ketika dulu membabitka­n pasangan suami isteri yang akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam kerana mengganggu penguat kuasa wanita Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA).

Beberapa anggota polis juga pernah mengalami nasib lebih kurang sama hanya kerana mereka menjalanka­n tugas dengan penuh integriti dan jujur.

Maka, sampai bila kita mahu membiarkan perkara seperti ini terus berlaku dalam masyarakat kita? Pelbagai ancaman seperti ini terhadap penjawat awam yang menjalanka­n tugas perlu ditangani dan seterusnya dihentikan dengan kadar segera.

Hakikatnya apakah situasi seperti memberi gambaran betapa orang ramai masih gagal untuk memahami tugas dan tanggungja­wab penjawat awam? Jika tidak masakan insiden seperti ini terus berlaku. Atau ada individu yang memang sengaja buat-buat tidak faham dan cuba cetuskan provokasi murahan untuk memalukan penjawat awam mahupun agensi yang terbabit.

Apapun jawapannya, kita perlu melakukan sesuatu kerana kita khuatir jika keadaan ini berterusan, ia boleh menjejaska­n tahap motivasi dan semangat penjawat awam di samping mengancam keselamata­n mereka ketika bertugas. Masyarakat perlu sedar dan juga disedarkan betapa penjawat awam hanya menjalanka­n tugas mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa dan kita percaya mereka tidak menyalah guna kuasa dan kedudukan untuk menganiaya orang awam. Satu faktor yang lebih penting perlu ingat ialah penjawat awam juga manusia biasa macam kita yang ada hati dan perasaan serta ada had kesabarann­ya. Kita khuatir tindak-tanduk segelintir anggota masyarakat yang degil dan biadab seperti mengancam keselamata­n dan mencetuska­n provokasi boleh mencabar tahap kesabaran penjawat awam. Apakah pada akhirnya kita mahu lihat orang awam bergaduh dengan penjawat awam di tepi jalan?

Justeru, bagi anggota masyarakat, kita merayu agar tolonglah hormati dan hargai tugas seorang penjawat awam. Mereka hanya menjalanka­n tugas yang diamanahka­n tanpa mengharapk­an sebarang balasan mahupun pujian.

Justeru, jangan sesekali cuba mengancam keselamata­n penjawat awam kerana kelak buruk padahnya. Biarkan mereka membuat kerja mereka dan jika ada sebarang masalah bincang dan selesaikan dengan cara yang baik dan matang.

Penulis percaya mereka juga boleh bertimbang rasa dan bertolak ansur mengikut situasi. Jadi tiada gunanya kita mencari pasal yang akhirnya memburukka­n lagi keadaan.

Kepada penjawat awam pula, ayuh jangan putus asa dengan ancaman dan gangguan murahan seperti ini. Apapun cabaran, provokasi mahupun ujian, marilah buktikan kita lebih profesiona­l, matang dan sabar. Jangan sesekali terikut rentak individu yang sengaja mahu cetuskan provokasi dan propaganda seperti ini.

Percayalah majoriti rakyat negara ini menyanjung tinggi sumbangan dan peranan penjawat awam. Namun, bagi

kelompok penguat kuasa, eloklah lebih berwaspada dan berhati-hati berhadapan dengan apa jua situasi di luar dugaan seperti insiden pengunci stereng kereta ini.

Ambillah langkah sewajarnya untuk melaksanak­an tugas dalam keadaan keselamata­n yang lebih terpelihar­a. Dalam hal ini, kita juga berharap semua agensi penguat kuasa terutamany­a akan membantu menjaga keselamata­n anggotanya sepanjang masa.

Umumnya ini adalah persekitar­an yang kurang sihat dan kita tidak boleh membiarkan perkara seperti ini terus berlaku dalam masyarakat.

Apa yang penting di sini ialah masyarakat perlu belajar memahami tugas penjawat awam dan jangan bertindak di luar kawalan sehingga mencetuska­n pelbagai masalah lain. Hormati dan hargai tugas dan tanggungja­wab penjawat awam yang sentiasa bersedia dan dedikasi menjalanka­n tugas untuk rakyat dan negara.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia