Harian Metro

Ibu bapa usah terlalu mendera anak dengan peperiksaa­n

-

Salam sejahtera dan selamat pagi. Semalam ramai ibu bapa yang kecut perut, mandi tak basah dan tidur tak lena. Ada yang dah ambil cuti. Mereka bukan nak pergi jalan-jalan atau melancong. Mereka ambil cuti untuk temankan anak-anak yang ambil peperiksaa­n darjah enam, UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah).

Anak yang ambil periksa, ibu bapa yang resah dan tak tentu hala. Pagi-pagi lagi kita tengok emak bapa ini naik kenderaan masing-masing bawa anak ke sekolah.

Seribu macam pesanan ibu bapa ini bagi. Aku nampak seorang bapa duduk dengan anaknya sambil berdoa. Seorang ibu lagi sibuk mengingatk­an anaknya supaya jangan panik dan rileks bila menjawab soalan.

Aku senyum saja. Aku dah lalui zaman ini. Cukuplah tu. Hari ini biar orang lain pula yang hadap. Tetapi, hari ini ibu bapa berhadapan dengan pelbagai cabaran lain yang menyebabka­n mereka gundah-gulana.

Di majlis perjumpaan saudara-mara atau kawan-kawan, sebahagian besar perbualan berkisar dengan kisah anak-anak. Dalam musim UPSR ini, perbualan tertumpu kepada peperiksaa­n ini.

Ramai ibu bapa melihat peperiksaa­n ini sebagai ujian besar yang pertama bagi anak mereka. Mereka melihat peperiksaa­n ini sebagai sesuatu yang amat penting. Malah, ada yang menyifatka­n UPSR ini sebagai tangga kejayaan atau kegagalan yang pertama bagi anak-anak.

Maka anak diberi nasihat, teguran dan bimbingan agar jangan buang masa dengan hal-hal lain seperti sukan dan berkawan. “Lepas UPSR, boleh main puas-puas,” kata seorang ibu kepada anaknya.

Seorang ayah lain pula mengingatk­an anaknya supaya fokus kepada peperiksaa­n. “Tengok abang kamu. Dia dah masuk universiti. Kau tak mau jadi macam dia?”

Waduh! Banyak betul tekanan anak yang baru berumur 12 tahun ini hendak hadapi. Itu belum lagi masuk amaran yang datang bertubi-tubi. Nasib baiklah aku tak lalui situasi macam ini lagi.

Kalau boleh, ibu bapa rileks sikit. Tekanan begini untuk anak-anak akan membuat mereka risau dan tertekan dan ini boleh menjejaska­n prestasi mereka.

Jangan lupa. Mereka masih anak-anak. Jangan tekan mereka sehingga mereka lupa nak menghidupk­an zaman anak-anak itu. Mereka perlu berkawan, bersukan dan bermain dengan orang lain yang sebaya dengan mereka.

Kita semua tahu ada anak yang tidak mempunyai kebolehan bergaul dengan anak-anak lain kerana tidak cukup pendedahan. Anak-anak ini hidup antara sekolah, pusat tuisyen dan rumah. Mereka tidak tempuhi padang atau taman permainan. Kalau ada pun, sikit sangat dan jarang-jarang.

Kasihan anak-anak ini. Semua orang hendak melihat anak mereka berjaya dan sukses. Tetapi jangan sampai mendera mereka hingga sesak nafas menghadap buku.

Ajar mereka kemahiran hidup dan cara pergaulan yang positif dan baik. Galakan mereka bersukan dan aktif. Saya tengok ramai juga ibu bapa yang bawa anak mereka mengembara ke rimba, sungai dan laut.

Ajar mereka supaya jangan takut dengan cabaran. Bawa mereka memancing, ke kelas muzik, ke surau untuk solat dan mengaji al-Quran, berjumpa saudara-mara dan memanjangk­an silaturahi­m.

Semua ini akan memberi faedah jangka panjang yang sangat baik. Apabila mereka dewasa, mereka akan menjadi individu yang ada personalit­i lengkap dan matang.

Satu kajian yang dibuat oleh majikan luar negara di Cyberjaya beberapa tahun lalu mendapati ramai graduan universiti tempatan gagal dalam kemahiran sosial dan komunikasi.

Mereka tidak tahu bergaul dengan orang selain daripada kumpulan kecil mereka. Mereka tidak tahu berbual, tidak tahu berbincang di luar topik pelajaran mereka.

Akhirnya, graduan ini gagal dalam temu bual untuk mendapatka­n kerja. Pencapaian pelajaran mereka baik sekali, tetapi ini tidak mencukupi.

Majikan hari ini mencari pekerja yang mahir, matang, serba boleh dan boleh duduk berbincang menghasilk­an buah fikiran yang bernas dan praktikal.

Seperkara lagi, jangan kongkong anak-anak dengan pemikiran bahawa hanya makan gaji boleh menyara hidup. Berniaga pun boleh menyara hidup dengan baik dan lumayan.

Ajar anak-anak menjadi yang terbaik dalam apa juga bidang yang mereka minat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia