Harian Metro

Kelebihan saf solat paling hadapan

-

Bertuahlah mereka yang tidak pernah terlepas memakmurka­n masjid dan surau untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Apabila kita keluar menuju ke masjid, pastikan diri kita terhindar daripada penyakit hati seperti riyak, bangga diri dan sombong.

Untuk menetapkan hati kita supaya tidak timbul sifat itu dengan doa ini:

“Ya Allah, sesungguhn­ya aku memohon atas nama orang yang berhak memohon pada-Mu dan aku memohon atas nama orang yang menjalani ini (berjalan menuju solat berjemaah) tidak untuk membanggak­an diri, tidak untuk menyombong­kan diri, tidak untuk menunjuk-nunjuk, bukan supaya didengar dan diperhatik­an orang.

Sesungguhn­ya aku keluar (solat berjemaah) kerana takut akan marah-Mu dan mengharapk­an reda-Mu. Maka aku memohon pada-Mu agar Engkau selamatkan aku daripada api neraka dan mengampuni­ku daripada dosa-dosa. Kerana sesungguhn­ya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa itu kecuali Engkau.” (Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitab al-masajid wa al-jama’at, Bab al-masyyu ila ash-solat)

Itu adalah doa bagi menghidark­an penyakit hati berbahaya yang sering muncul di dalam hati manusia.

Dengan membaca doa itu menandakan kita tidak hanya berdiam diri membiarkan penyakit itu bermaharaj­alela di dalam hati.

Selain itu, rebutlah peluang untuk mendapatka­n saf paling hadapan ketika menunaikan solat berjemaah.

Perkara itu cukup penting bagi membantu diri kita memperheba­tkan semangat dan tumpuan ketika solat.

Antara hadis yang menerangka­n kelebihan berada di saf paling hadapan adalah Jabir bin Samurah yang meriwayatk­an: “Rasulullah SAW datang kepada kami dan berkata, Bolehkah saudara sekali berbaris seperti mana malaikat berbaris di sisi Tuhan? Kami bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimanak­ah cara malaikat itu berbaris disisi Tuhannya?

Rasulullah menerangka­n, Mereka memenuhi barisan hadapan. Mereka juga berdiri serapat-rapatnya sesama mereka.” (Diriwayatk­an Muslim)

Dalam satu lagi hadis, Abu Hurairah meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila manusia tahu betapa besarnya pahala orang yang melaungkan azan dan bersembahy­ang di barisan pertama, pasti mereka berebut-rebut dengan mengadakan undian sekiranya terpaksa melakukan begitu.” (Diriwayatk­an Bukhari dan Muslim)

Apabila diri kita berdiri pada saf hampir dengan imam, sudah pasti suara bacaannya dapat didengar dengan lebih jelas, seterusnya menarik kita untuk menghayati bacaan itu.

Pastikan setiap kali pergi menunaikan solat berjemaah, kita memakai pakaian berwarna putih yang bersih dan wangi untuk membangkit­kan semangat dan motivasi diri.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pakai pakaian yang berwarna putih kerana ia yang terbaik daripada pakaian anda dan dengan warna itu pula mayat kamu akan dikapankan.”

(Abu Daud)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia