Harian Metro

Imbuhan 142 atlet Selangor

- Ayusliza Azizan hmetroshah­alam @hmetro.com.my

 Wira, serikandi harum nama di Sukan SEA 2017 terima RM540,000, jurulatih terima RM5,000

Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menzahirka­n ucapan tahniah dengan pencapaian atlet Selangor yang berjaya menyumbang­kan pingat pada Sukan SEA 2017 dan berharap dapat terus mengharumk­an nama negara.

Baginda bertitah, atlet negeri menyumbang­kan 41 emas, 29 perak dan 28 gangsa yang dianggap signifikan kepada kejayaan Malaysia meraih tempat pertama pada temasya itu.

“Beta amat berbangga dengan pencapaian atlet kita yang sentiasa berusaha mengharumk­an nama negara dalam bidang sukan.

“Bukan seperti segelintir pihak yang tanpa segan silu memburukka­n nama Malaysia di luar negara. Atlet adalah wira dan serikandi negara yang komited menaikkan nama negara,” titah baginda.

Semalam, baginda berkenan menyerahka­n insentif RM540,000 kepada 142 atlet Selangor pada majlis di Istana Alam Shah di sini.

Pemenang emas memperoleh ganjaran RM5,000, RM3,000 bagi perak dan RM2,000 untuk gangsa.

Jurulatih turut menerima insentif RM5,000.

Titah baginda, pencapaian cemerlang pada Sukan SEA itu mampu menjadi pembakar semangat untuk meraih pencapaian lebih baik di peringkat Sukan Asia yang akan diadakan di Palembang, Indonesia, tahun depan.

Sementara itu, pemenang emas bagi gimnastik artistik, Farah Ann Abdul Hadi, 23, bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

“Insentif seumpama ini membuatkan kami akan terus melakukan yang terbaik walaupun kami tidak pernah mengharapk­annya.

“Kami meletakkan usaha penuh dalam sukan dan pen- capaian yang diraih merupakan kejayaan yang memberi kepuasan,” katanya yang kini meneruskan latihan bagi persediaan menghadapi kejohanan nasional pada November ini.

 ?? FOTO: ROSLIN MAT TAHIR ?? SULTAN Sharafuddi­n dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bersama atlet Sukan SEA 2017 selepas Majlis Penyerahan Insentif Kepada Atlet dan Jurulatih Negeri Selangor. Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...
FOTO: ROSLIN MAT TAHIR SULTAN Sharafuddi­n dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bersama atlet Sukan SEA 2017 selepas Majlis Penyerahan Insentif Kepada Atlet dan Jurulatih Negeri Selangor. Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia