Harian Metro

Bacaan doa pembakar semangat calon UPSR

-

Putrajaya: Seramai 1,798 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh Putrajaya menduduki peperiksaa­n bagi subjek Bahasa Melayu kertas Pemahaman dan Penulisan, semalam.

Tinjauan Harian Metro di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) (SKPP8(1) mendapati 132 calon hadir dan sesi peperiksaa­n berjalan dengan lancar.

Setiap calon UPSR di negara ini menduduki subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bermula semalam hingga Khamis.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Putrajaya Roaini Jaafar, Guru Besar SKPP8(1) Naemah Ismail dan ibu bapa calon yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada murid.

Calon UPSR turut membaca doa sebagai pembakar semangat sebelum masing-masing mula menjawab soalan peperiksaa­n, malah ibu bapa calon juga berkumpul bersama-sama dengan guru membaca Surah Yasin dan solat hajat bagi mendoakan kejayaan anak masing-masing.

Salah seorang guru tahun enam SKPP8(1) Fatimah Zainal Abidin berkata, pihaknya menyediaka­n roti dan air untuk setiap calon sebelum memasuki dewan peperiksaa­n bagi memastikan mereka bertenaga bagi menjawab kertas soalan.

“Alhamdulil­lah, setiap murid sudah bersedia untuk menduduki peperiksaa­n selama empat hari yang bermula hari ini (semalam) dan kami sebagai guru sentiasa mendoakan terbaik untuk mereka.

“Saya yakin calon UPSR SKPP8(1) mampu menjawab dengan baik,” katanya.

 ??  ?? CALON UPSR Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya mendengar penerangan guru sebelum memasuki dewan peperiksaa­n.
CALON UPSR Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya mendengar penerangan guru sebelum memasuki dewan peperiksaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia