Harian Metro

779 sekolah sedia hadapi banjir

-

Klang: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkina­n sekiranya berlaku banjir berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak kebelakang­an ini.

Pengarahny­a Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, pihaknya menempatka­n semua 779 pusat peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di lokasi lebih tinggi di negeri ini.

“Semua sekolah yang didapati berisiko banjir sudah diarah untuk menempatka­n pusat peperiksaa­n sekurang-kurangnya di tingkat satu dan ke atas.

“Kami sudah bersedia untuk sebarang kemungkina­n dan tidak mahu ada perkara tidak diingini berlaku,” katanya ketika ditemui ketika melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang di sini, semalam.

Dalam pada itu, kata Mohd Salleh, 85,299 calon murid menduduki UPSR di Selangor tahun ini.

“Ia termasuk 213 murid Calon Berkeperlu­an Khas (CBK) dan 24 murid yang mendudukin­ya di hospital,” katanya.

Daerah Petaling Perdana mencatatka­n jumlah calon tertinggi iaitu 16,707 diikuti Hulu Langat (15,987), Klang (14,990) dan Gombak iaitu 12,000 orang.

 ?? Mohd Salleh ?? Semua sekolah yang didapati berisiko banjir sudah diarah untuk menempatka­n pusat peperiksaa­n sekurang-kurangnya di tingkat satu dan ke atas”
Mohd Salleh Semua sekolah yang didapati berisiko banjir sudah diarah untuk menempatka­n pusat peperiksaa­n sekurang-kurangnya di tingkat satu dan ke atas”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia