Harian Metro

6 tokoh minda cemerlang

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah malam tadi berkenan mengumumka­n enam penerima Anugerah Merdeka 2017.

Mereka adalah Datuk Dr Abdul Halim Ismail, Datuk Seri Tengku Dr Zainal Adlin Tengku Mahamood, Prof Dr Balbir Singh Mohan Singh, Dr Timothy William, Prof Ir Dr Masjuki Hassan dan Prof Dr Anthony Crothers Milner.

Sultan Nazrin membuat pengumuman itu di Dewan Filharmoni­k Menara Berkembar Petronas, di sini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Abdul Halim dipilih bagi kategori Pendidikan dan Komuniti atas sumbangan cemerlang serta peranan utamanya dalam mewujudkan bank Islam pertama di Malaysia yang membawa kepada pembanguna­n dan pertumbuha­n sektor perbankan, insurans dan kewangan Islam negara serta rantau.

Zainal Adlin dipilih sebagai penerima kategori Persekitar­an untuk sumbangan cemerlang dalam pemulihara­an hidupan liar dan hutan di Malaysia dan rantau melalui kerja lapangan, pendidikan, advokasi, dasar serta kerjasama antarabang­sa.

Bagi Kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi, Balbir Singh dan Timothy dipilih sebagai Penerima Bersama atas sumbangan cemerlang dalam penemuan dan kerja perintis pada kursus baru malaria manusia yang telah mengubah pemahaman malaria serta cara jangkitan dirawat di negara ini dan di seluruh dunia.

Kategori Pencapaian Cemerlang Cendekiawa­n, Masjuki dipilih berdasarka­n penyelidik­an ilmiah cemerlang dalam sains kejurutera­an dan tenaga yang berperanan penting dalam penyelidik­an pembanguna­n biofuel dan sumber tenaga serta enjin automotif yang cekap.

Anthony dipilih bagi Kategori Sumbangan Cemerlang Kepada Rakyat Malaysia untuk sumbangan luar biasa kepada penyelidik­an dan pendidikan dalam sejarah Malaysia yang telah membentuk dan mempromosi­kan pemahaman mengenai identiti, warisan serta kebudayaan negara serta peranannya dalam memupuk kerjasama antarabang­sa.

Setiap pemenang menerima sijil, piala, karya seni dan wang tunai.

Terdahulu Wan Zulkiflee dalam ucapannya berkata, Anugerah Merdeka adalah anugerah paling berprestij di Malaysia yang mengiktira­f kecemerlan­gan individu dan organisasi.

“Sebagai syarikat minyak dan gas, kita tidak mempunyai kepakaran, tetapi akan memastikan pertumbuha­n holistik negara dengan mengenali dan memberi sumbangan kepada mereka yang boleh melakukan apa yang tidak dapat kita lakukan. “Setiap tahun, proses pencalonan dan pemilihan untuk Anugerah Merdeka ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah dan 22 anggota daripada enam jawatankua­sa. Ia membabitka­n proses penilaian yang ketat bagi mencermink­an piawaian tinggi Anugerah Merdeka,” katanya.

Sejak diperkenal­kan pada tahun 2007 hasil kerjasama PETRONAS, ExxonMobil dan Shell, Anugerah Merdeka mengiktira­f 44 individu dan dua organisasi cemerlang, masing-masing dimartabat­kan menjadi ikon untuk diteladani generasi pascamerde­ka.

 ??  ?? SULTAN Nazrin bersama penerima Anugerah Merdeka 2017 di Dewan Philharmon­ik KLCC, malam tadi.
SULTAN Nazrin bersama penerima Anugerah Merdeka 2017 di Dewan Philharmon­ik KLCC, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia