Harian Metro

Mengaku curi 15 cempedak

-

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan bulan selepas mengaku bersalah mencuri 15 cempedak dan tidak membawa kad pengenalan, bulan lalu.

Majistret Mohd Aizuddin Zolkeply menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Azrol Saad yang juga penoreh getah berusia 35 tahun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba mencuri buah cempedak milik Abd Razak Ismail, 52, di kebun cempedak Kampung Bukit Pak Pom, Pendang pada 27 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379, Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Azrol, dituduh mengikut Seksyen 25 (1) (n), Akta Pendaftara­n Negara 1959 kerana gagal menunjukka­n kad pengenalan ketika diperiksa Koperal Mohd Fairuz Rebuyani di tempat, masa dan tarikh sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia