Harian Metro

Cedera anak dengan gunting

-

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan dengan sengaja mencederak­an anak kandungnya menggunaka­n gunting bulan lalu.

Terdahulu, tertuduh, Salmiy Kassim, 45, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Ketika memberikan penghakima­nnya, Majistret Mohd Aizuddin Zolkeply berkata, mahkamah mengambil kira fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah Pegawai Pendakwa Inspektor Ruslan Osman.

Beliau memerintah­kan Salmiy menjalani hukuman penjara itu bermula semalam.

Mengikut pertuduhan, Salmiy didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anaknya, Eddy, 25, di No 21 Jalan Langgar, Kampung

Alor Melong, di sini, pada 12 Ogos lalu, jam 11 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia