Harian Metro

Koperasi anjur kejohanan go-kart

-

Kuala Lumpur: Koperasi New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan mengadakan Kejohanan Go-Kart Koperasi bersempena Persidanga­n Global Perikatan Koperasi Antarabang­sa Kuala Lumpur (ICAKL) dalam usaha menggalakk­an pembabitan ahli koperasi khususnya golongan muda untuk menyertai sukan lasak.

Acara yang terhad kepada 72 peserta itu akan diadakan pada 23 September ini di Litar Go Kart, Shah Alam bermula jam 8 pagi hingga 2 petang.

Pengerusi Koperasi NSTP Mohd Fadzil Abdul Ghani berkata, penganjura­n acara sukan ini adalah untuk merapatkan hubungan sesama ahli koperasi di samping mewujudkan kolaborasi dengan mempromosi aktiviti sukan.

“Acara sukan lasak masuk tahun ketiga ini diharap dapat merapatkan hubungan silaturahi­m antara koperasi tempatan, rantau Asia dan antarabang­sa melalui pembabitan aktiviti sukan. “Dengan penganjura­n acara sukan seperti ini, koperasi NSTP berharap ia akan menjadi contoh kepada koperasi lain bagi meningkatk­an taraf ekonomi ahli koperasi yang ada di seluruh Malaysia,” katanya pada Majlis Pelancaran Kejohanan Go-Kart Koperasi bersama ANGKASA di Balai Berita NSTP di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia