Harian Metro

Denda RM5,000 sebar info palsu

-

Seorang pesara didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan memuat naik satu komunikasi palsu di laman sosial Facebook, Julai lalu.

Hakim Zainal L Saleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap Kamarzaman Mustafa, 56, selaku orang kena saman (OKS) selepas dia mengaku salah sebaik saja pertuduhan itu dibacakan kepadanya.

Dia turut berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal bayar denda.

Terdahulu, Zainal menasihati Kamarzaman supaya berfikir dulu sebelum melakukan suatu perkara kerana kesannya bukan kepada diri sendiri tetapi masyarakat yang luas.

“Semua orang ada telefon bimbit, berita yang tular itu jika sah tidak mengapa tetapi apabila didapati palsu, perkara itu sudah pun tersebar.

“Kita perlu pastikan benda kita nak sebarkan itu betul dan daripada punca yang boleh dipercayai jika tidak, jangan sebarkan,” katanya.

Mengikut pertuduhan,

>>Tertuduh juga berdepan penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda

Kamarzaman didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain pada jam 12.35 tengah malam, 19 Julai lalu.

Komunikasi itu kemudian dibaca di sebuah restoran di Bandar Baru Wangsa Maju, di sini, pada jam 10 pagi, 1 Ogos lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya, Norhani Mohd Adzhar mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan juga didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, Kamarzaman yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai penyakit yang perlu mendapat rawatan di hospital secara berkala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia