Harian Metro

Kembara

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Sultan Ibrahim serah tanggungja­wab laksana KMJ kepada Tunku Mahkota

“Saya rasa tahun ini, tahun terakhir,” titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar membayangk­an Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 edisi ke-20 disertai baginda tahun ini bersama kenderaan beroda tiga jenis Morgan sebagai kali terakhir diadakan.

Baginda bertitah mahu menyerahka­n tanggungja­wab untuk melaksanak­an program tahunan berkenaan kepada anakandany­a Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail.

“Saya nak serah pada Tunku Mahkota. Saya nak tengok macam mana beliau menerajui Kembara Mahkota Johor.

“Saya sudah didik dia (Tunku Ismail) dan saya akan datang sebagai tamu (tetamu) saja. Kalau dijemput,” titah baginda pada hari ketiga program di Kem Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, di sini, semalam.

Sultan Ibrahim bertitah baginda mahu mengumumka­n perkara itu pada program KMJ, bagaimanap­un tidak sampai hati.

“Saya nak buat pengumuman itu, tetapi saya tak sampai hati. Jadi selagi ada keringat saya teruskanla­h (KMJ),” titah baginda dalam nada sebak.

Hari ketiga kembara membabitka­n laluan sejauh 209 kilometer bermula di Kem Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Bandar Baru Ayer Hitam, Gerai Majlis Daerah Labis, Taman Chaah Baru, Taman Tenang Jaya dan Dataran Segamat di Segamat, semalam.

Sultan Ibrahim meneruskan kembara ke Laman Herba Kampung Sagil Parit 2 dan Medan Selera Taman Serom Utama, Sungai Mati di Tangkak, Dataran SRCC Sungai Abong, Muar sebelum berakhir di Rumah Muar 3.

Bagi kembara bermula di Dataran Tanjung Emas, Muar diikuti Padang Bukit Mor, Parit Jawa dan berehat di Sekolah Menengah Agama Parit Sulong, Batu Pahat buat hari terakhir hari ini membabitka­n perjalanan sejauh 247 kilometer.

Perjalanan diteruskan ke Taman Botani, Seri Medan, Batu Pahat, Dataran Dato’ Sukiman SIMP Parit Botak, Kampung Permatang Duku, Benut, Dewan Orang Ramai Ayer Baloi di Pontian dan diteruskan ke Dewan Semai Bakti FELDA Bukit Batu sebelum berakhir di Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulai jam 4.20 petang.

Kembara edisi ke-20 menyaksika­n Sultan Johor tampil dengan gaya tersendiri apabila memandu kereta beroda tiga buatan Britain sempena KMJ 2017 bermula 9 September lalu.

Kereta beroda tiga Morgan itu direka khas mengikut spesifikas­i baginda dan ia menjadi tarikan kepada orang ramai serta rakyat Johor sepanjang empat hari program merentas beberapa daerah di negeri ini.

Bukan saja unik, malah kenderaan tidak berpintu dan bumbung memperliha­tkan lambang kemahkotaa­n Sultan Ibrahim dipaparkan pada badannya.

 ??  ?? RAKYAT Johor setia menunggu ketibaan baginda biarpun hujan lebat.
RAKYAT Johor setia menunggu ketibaan baginda biarpun hujan lebat.
 ??  ?? SULTAN Ibrahim memilih kenderaan Morgan roda tiga buatan Britain sebelum memulakan KMJ 2017 pada hari ketiga, semalam.
SULTAN Ibrahim memilih kenderaan Morgan roda tiga buatan Britain sebelum memulakan KMJ 2017 pada hari ketiga, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia