Harian Metro

KKM seru staf perbaiki mutu kerja

-

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menyaranka­n semua kakitangan memperting­katkan kualiti perkhidmat­an berbanding sebelum ini bagi memberikan kepuasan kepada orang ramai.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, setiap hari, mingguan, bulanan dan tahunan pelbagai aduan diterima dan secara keseluruha­nnya kira-kira 7,000 aduan awam diterima dalam tempoh setahun.

Beliau berkata, pihaknya berjaya menyelesai­kan 85 peratus aduan yang diterima dan sebagai sasaran tempoh 14 hari diberikan untuk masalah yang diterima itu diselesaik­an.

Katanya, penambahba­ikan kualiti perkhidmat­an kepada orang ramai mampu mengelakka­n daripada KKM menjadi sasaran tular di media sosial.

“Sebagai contoh, isu yang mencetuska­n kontrovers­i baru-baru ini berhubung kematian seorang lelaki warga Singapura yang menjadi tular dalam sebuah portal berita negara itu.

“Penyebaran laporan tidak tepat mengenai kematian seorang lelaki telah memburukka­n dan memberi implikasi buruk terhadap KKM dan negara sendiri kerana ramai yang percaya tanpa merujuk kepada pihak yang sebenar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia